Teks: Masayu Ahmad
Bismillahirahmanirrahim, Maha suci Allah yang sudah menrencana yang terbaik buat segala umatnya. Maha Agung yang esa yang sudah memberi segala nikmat dalam kehidupan. Jejak langkah saya amat panjang, namun setiap kali melalui lorong yang lurus, persimpangan bersiur, longkang yang busuk juga pelbagai karektor makhluk di bumi Allah, saya terima dengan redha. Selalu meningati diri, belum masanya lagi, belum masanya lagi. Sabar, sabar, sabar. Melangkah, mencari, meneroka dan teruskan sahaja perjalanan.
Ketepikan manusia negatif, manusia pasif, manusia yang membunuh semangat. Ambil iktibar daripada pelbagai karektor itu dan jadkan cerminan buat diri sendiri. Kiranya saya angkuh, maafkan saya, kiranya saya sombong, juga mohon maafkan saya, jika saya takbur mohon ingatkan saya.
Segalanya saya lakukan atas bakat, kurniaan dan mahu menyumbang kepada lebih ramai yang mendapat manfaat. Saya hanya manusia biasa, mahu meneroka seluruh isi alam dengan diri yang penuh kelemahan. Namun, saya panjatkan kesyukuran atas peluang, cabaran dan apa sahaja yang saya tempuhi di medan perjuangan.
Maha suci Allah, betapa kesyukuran yan tidak mampu saya gambarkan dengan kata-kata. Saya seumpama pejuang di medan perang, setiap kali mahu kalah, saya berundur setapak. Setiap kali mahu tersungkur, saya terus bangkit semula. Saya tidak dapat gambarkan perasaan ini dengan kata-kata.
Tatkala membelah malam bekerja dengan penuh tumpuan dan kemahuan. Tumpuan hanya satu, mahu menyiapkan dengan segera, kemahuan agar ia akan mampu direalisasikan.
Kelahiran sulung
Saya kini hamil 'tiga anak kembar', namun ada satu yang sudah mula mengalamai kontraksi setiap 10 minit. Masih awal untuk keluar, tetapi sudah menendang-nendang mahu keluar.
Saya sempat merakamkan antara saat-saat penting pagi tadi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya. Saya tidak perlu berguling-guling keriangan di situ, nanti difikir 'gila' pula mata yang memandang.
Sunguh! Apabila kita berjuang, dan hanya berserah kepada Maha Kuasa sahaja, maka teruskan usaha itu, lakukan sehingga titisan darah akhir.
Setiap kali saya berjaga malam, saya hanya membayangkan impian dan cita-cita saya akan dimakbulkan tuhan satu persatu. Gambaran di layar minda saya begitu jelas sekali.
Gambaran setiap kemahuan yang saya inginkan akan saya pegang kejap. Saya akan menunggu secara langsung, ketika 'bayi sulung' lahir di depan mata. Mahu sahaja saya lontarkan dengan penuh kesyukuran, sudah sampai masa saya, Allah sudah makbulkan doa hambanya.
Saya mahu kongsi di sini, tetapi tunggu dahulu pengumuman rasmi.
4 comments:
i am still waiting ;)
terima kasih zura
disebabkan kesetiaan zura dan keterujaan itu
saya akan bagi 'reward' untuk zura sebagai inspirasi
nanti bagi alamat ke email saya
masayu2010@gmail.com
Apa jua yang sedang diusaha itu...tahniah diucapkan. Semoga sukses selalu.
dari, www.cheq-sue.com
terima kasih kak su
Post a Comment