Friday, March 12, 2010

Sehening subuh, segarnya udara pagi

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Sabtu bersamaan 13 Mac 2010. Pagi ini saya bertekad untuk keluar awal dan mengambil udara Bukit Langat. Jika pergi terlalu awal sangat tidak sesuai dan mungkin agak berbahaya. Sekitar jam 7 pagi saya ke puncak bukit.

Suasana segar ditemani nyaman pagi sungguh mengujakan perasaan. Betapa bersyukurnya, masih ada ruang dan persekitaran segar dikelilingi bukit-bukau yang masih menghijau. Saya melangkah perlahan menjejaki bukit, saya suka aktiviti ini tetapi disebabkan penyakit 'M' selalu datang, jadi asyik bertangguh.

Pagi ini tanpa membuang masa, sememangnya mahukan udaran nyaman pagi dalam suasana yang berlainan. Setelah memarkir kereta dan melihat persekitaran selamat, saya meneruskan kembara aktiviti seorang diri.

Semasa di universiti saya selalunya bersama Lina pagi atau petang kami akan berlari-lari 'anak dara' di stadium atau di persekitaran kampus. Semasa bekerja ketika masih di Taman Tun ada satu lokasi berbukit juga sangat sesuai untuk aktiviti meredah laluan bukit tetapi sudah ada lalaun yang disediakan. Biasanya saya bersama Kak Faiz untuk aktiviti ini.

Usai selesai aktiviti, apalagi sudah tentu saya mahu melepaskan rindu nasi kerabu Mak Cik. Hari ini dia sudah ada, sangat gembira kerana dapat menikmati lagi nasi kerabu lagi.

Hakim balik kampung

Hakim kini berada di kampung mengikut Pak Ngoh pulang. Semalam ketika mendengar suaranya di telefon, esakan tangisnya bercampur dengan ayat mahu balik. Sekejap menangis dan sekejap mahu bercerita bahawa dia rindu dan mahu pulang. Tetapi kebanyakan ayat tenggelam dengan esakan tangis yang semakin kuat.

Itulah kan anak, apatah lagi Hakim jarang berenggang jauh dengan saya, jika mahu tidur berpelukan dahulu baru boleh nyenyak. Saya juga sudah teringat-ingatkan Hakim. Suasana jadi sunyi tanpa Hakim di sisi, dia gemar mengusik adik-adik dan ada sahaja aktiviti yang menyebabkan suasana jadi meriah.

Penangan anak, membuatkan saya juga tidak senang duduk sebenarnya. Tidak mengapalah hari Isnin sudah kembali ke Kuala Lumpur. Sabar.

Salam penuh kasih sayang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin