Assalamualaikum w.bt
Agak lama juga ya saya tidak mencoret di sini. Sungguh 'masa' begitu berlalu pantas sampaikan saya cukup sesak nafas dibuatnya. Dalam minggu ini saya menikmati hari-hari yang penuh rencah. Ada hari penuh perjuangan, ada hari penuh informasi, ada hari dilanda juga 'cuit-cuit' sayang, diuji dengan pelbagai gelagat teman. Gelagat, perwatakan, bahasa dan nada yang kadangkala hati dan iman yang tidak seberapa ini tergugat juga.
Sungguh. Saya juga insan biasa-biasa, jika didatangi 'insan luar biasa', terasa juga akan auranya. Mahu atau tidak saya perlu syukur, kadangkala insan-insan beginilah hadir sebagai ubat atau suntikan sejauh mana sabarnya saya.
Sesekali saya mendapati sememangnya Tuhan sudah menciptakan jin, manusia dan syaitan yang mempunyai peranan tersendiri. Betapa saya akan cepat-cepat menjauh diri apabila berdepan dengan insan yang pelbagai 'luar biasa' tindakan dan tutur kata.
Mohon maaf andai kata tulisan kali ini agak 'pedas'. Saya tidak menujukan kepada siapa-siapa. Mohon maaf jika sepanjang kita berkenalan di alam maya juga di alam realiti ada salah silap yang tidak saya perasan. Mungkin juga saya ini pernah 'cuit-cuit' sayang, takut saya juga tidak perasan.
Yang baik itu datangnya dari Allah, segala kelemahan datang dari saya sendiri.
2 comments:
kenapa kak?? ada yang terasa dengan cuit-cuit akak ke?? heheheee
biaserlah tu kan, kita sebagai manusia ni xboleh lari dr melakukan kesilapan;)
zaila
tak ada apa-apa pun
kak mas je perasan kena 'cuit'
minta maaf takut 'tercuit' tanpa disedari ;D
Post a Comment