Wednesday, March 3, 2010

Cawan kosong dan cawan separuh kosong

Teks: Masayu Ahmad

Mengejar masa dikejar tugasan


Setiap hari rasa tidak keruan semakin menguasai minda dan tubuh badan. Kononnya semalam saya mahu berjaga hingga ke pagi menyiapkan tugasan, akhirnya tewas kerana anak-anak.

Pagi ini saya bangun dengan tubuh yang segar dan minda yang tenang. Selamat pagi semua buat pembaca budiman

Selalunya beginilah keadaan saya jika ada tugasan segera yang mahu disiapkan dalam tempoh singkat tetapi penuh sempurna. Minda berfikir badan pula letih. Saya terlena. Alhamdulillah pagi ini, saya dibekalkan tenaga dan minda yang lebih relaks untuk fokus.

Semalam dan esok kami hanya berempat sahaja. En.suami terbang ke Sabah dan Sarawak. Sabtu dan Ahad saya pula menghadiri seminar. Moganya dipermudahkan. Insya-Allah.

Ok, saya mahu bawakan satu tips motivasi dalam salah sebuah buku motivasi yang saya baca.

Bawa cawan kosong ketika dalam proses menuntut ilmu

Maksudnya turunkan ego kita apabila dalam proses belajar dan menuntut ilmu baru. Apabila kita hadir dalam sesi majlis ilmu atau belajar dengan sesiapa sahaj anggap diri sebagai cawan kosong.

Apabila membawa cawan kosong, kita bersedia mengisi air ke dalam cawan itu sehingga penuh.

Cawan separuh kurang umph!

Kita rasa sudah tahu akan perkara yang kita dengar, jadi kita buat endah tak endah dan dengar tak dengar. Sebabnya kita rasa kita sudah tahu, tidak perlu lagi dengar.

10 orang guru 10 ilmu baru

Walaupun kita didedahkan ilmu yang sama oleh 10 orang pakar atau sifu, sudah pasti ada ilmu baru yang akan diperolehi. 10 orang guru akan memberi tips yang berbeza dan kita mendapat pelbagai tips baru dengan secara tidak langsug.

Secawan air dari lautan yang maha luas

Betapa luasnya ilmu hanya Allah sahaja yang menakluki dan menguasai. Bayangkan lautan yang luas. Kita hanya mengambil secawan sahaja daripada air laut, namun selebihnya mampu membuat kita kerdil bahawa ilmu itu maha luas dan tidak terhitung banyaknya


Turunkan ego, berlapang dada

Anak saya sudah bijak, jadi saya tak perlu dengar nasihat orang lain.

Saya sudah cukup ilmu menjahit, jadi tak payah belajar lagi.

Mak cik orang lama, jadi sudah pasti  ilmu Mak cik tidak sesuai dengan ilmu saya yang belajar di luar negara.

Berlapang dada apabila ditegur. Tidak apalah jika kita terasa hati sedikit jauh sekali merasa ilmu kita lebih hebat daripada orang lain.

3 comments:

UstazCahaya said...

Salam Kak Mas.

Entry yang menarik. Teringat saya buku 'Setengah Berisi Setengah Kosong' tulisan Parlindungan Marpaung.

PS: Sekarang dah bulan Mac. Apa perkembangan projek kita Kak?;-)

Masayu Ahmad said...

Ustaz

ya, ada buku setengah berisi, setengah kosong

ustaz, nanti ada lagi satu cerita lepas halimah jongang

fatimah juling pula,

ps; apa2 mohon bincang dalam email sahaja ya. di sini terlalu umum

Ely Hasrul said...

setuju!

byk bengkel2 mas post sini nk ikut tak terikut sbb kebetulan clash aje ngan schedule..

jgn lupe masuk contest tau.. (sbb nak kan menu baru ahaks.. sukati.. :P)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin