Teks: Masayu Ahmad
Agaknya sudah menjadi lumrah ramai yang sukakan duit banyak sekelip mata. Cepat atau lambat, sebenarnya kembali kepada garis panduan mencari rezeki. Mencari sumber yang halal dan berkat. Jika bekerja, maka perlulah bekerja dengan tekun dan jujur. Jika mengusahakan bisnes, jadi usahawan yang sentiasa mencari peluang dan cara yang betul. Tidak ada istilah 'short cut' untuk berjaya. Semuanya perlu usaha dan gabungan resipi positif yang lain.
Ramai mahu kaya, tetapi tidak mahu berusaha. Ramai mahu berjaya tetapi tidak ada semangat. Pada saya tiada jalan mudah, melainkan usaha, usaha, usaha, doa, doa, doa dan tawakkal.
Saya melihatkan ini dalam keupayaan anak-anak kecil yang mahu mencuba tanpa putus asa. Kebiasaan Arif jika mahu pakai baju, dia suka jika dia dapat pakai sendiri. Kadangkala jika saya mahu pakaikan, akan keluar ayat berikut,
"Tak apa, tak apa biar Arif pakai sendiri,"
Kadangkala apabila salah menyarung atau terbalik, Arif kembali menyuakan baju kepada saya. Apabila sudah faham cara pakai, dia kembali mengambil baju dan mahu pakai sendiri.
Ikhtiar cara anak kecil
Saya melihatkan cara Hakim, apabila mahu lakukan sesuatu dengan pelbagai cara. Contohnya jika dia tahu ada sesuatu yang menarik atas almari akan diusahakan untuk melihat. Ikhtiarnya, dengan mengambil meja bulat yang besar, diletakkan kerusi atasnya. Kedudukan meja rapat ke dinding, dengan upaya dan ketinggian yang terhad Hakim berjaya mencapai apa yang ada atas almari.
Hakim pernah berjaya memboloskan badan melalui celah pintu yang sudah dikunci. Saya terpinga-pinga sebenarnya. Kedudukan pintu pagar yang bertemu muka ditutup dengan rantai. Tetapi Hakim berjaya memboloskan badan, kerana ada sedikit ruang yang muat tubuh badannya.
Bekerja sepenuh jiwa
Apabila kita sudah meletakkan semangat mahu bekerja dari rumah. Ya, suatu hari perlu direalisaikan. Nyatakan dengan jelas tarikh anda akan berhenti kerja dan sudah mempunyai pejabat di rumah. Mulakan secara sambilan, sebelum memulakan sepenuh masa.
Carilah blog-blog surirumah yang sudahpun sepenuh masa bekerja dari rumah. Berkenalan dan ambil sikap dan bina persahabatan atas dasar keikhlasan.
Saya sangat terharu sebenarnya apabila ada yang menghubungi, menghantar email, menegur di laman sosial (face book), menghantar pesanan. Menyatakan ikhlas mahu kenal dan berkongsi pandangan. Amat saya alu-alukan, semoga ada manfaat daripada jalinan ukhwah walaupun secara maya.
Namun saya kurang gemar apabila secara tiba-tiba menyatakan mahu berjumpa kerana ada agenda tetapi tidak menyatakan dengan jelas kenapa mahu jumpa. Saya ini ada prinsip kerja juga, jika profesional cara berhubung, maka profesional juga layanan saya. Begitulah sebaliknya. Tetapi saya tetap bersangka baik daripada setiap yang mahu berkenalan. Terima kasih atas kesudian.
Jika saya tidak sempat menjawab atau membalas sapaan kalian di blog ini janganlah berkecil hati. Saya suka anda datang ke sini dan suka meninggalkan jejak. Mungkin saya menjadikan kesibukan sebagai alasan tidak sempat membalas sapaan kalian. Saya mahu, tetapi tidak sempat. Terima kasih sekali lagi. Rasanya sungguh terharu, kerana saya bukanlah siapa-siapa, sekadar berkongsi pandangan dan mahu melihat lebih ramai wanita bekerja di rumah menjadi kenyataan. Insya-Allah.
Kisah Datin Y dan Usahawan X
Semasa bekerja sebagai wartawan dahulu, ada satu ruangan atau kolum 'bisnes niaga'. Dalam ruangan ini kami (wartawan) perlu menemuramah wanita-wanita mengusahakan bisnes kecil yang baru berkembang. Ini antara pengalaman yang tidak saya lupakan dan serap sebagai garis panduan untuk saya sendiri. Saya menemui pelbagai karektor dan sikap usahawan wanita.
Antara pengalaman yang paling mahal ialah mengenali ramai usahawan yang rendah diri, jujur dan mudah bekerjasama. Ini adalah sikap usahawan berjaya, ini bukan rekaan dan saya sudah menemui usahawan sebegini di duna realiti.
Dan saya merasakan sikap itu sudah ada dalam beberapa kenalan maya sekarang. Saya menampakkan ciri-ciri ini dan saya doakan mereka yang bersikap begini, teruskan dengan cara ini dan semoga mereka semakin sukses dan bisnes terus berkembang.
Kembali kepada kisah Datin X dan Usahawan Y.
Datin X, saya tahu ada agenda tersendiri sebagaimana Usahawan Y. Dalam satu trip bisnes dan membawa beberapa wartawan ke Sabah saya ikut serta. Dalam satu sesi, Usahawan Y juga mempengaruhi saya untuk agendanya sendiri. Saya ini pula wartawan muda dan masih hingusan lagi, akan tetapi sudah faham sebenarnya akan niat tersembunyi. Macam ahli nujum pula saya. Disebabkan saya tidak melayan keinginan Usahawan Y, maka dia mengugut saya akan mengadu pada bos saya. Saya hanya senyum dalam hati.
Dan berkata, Ya Allah ramai sungguh karektor sebegini, mahu jalan pintas dan menyalahgunakan jalinan yang baru sahaja berputik. Kerana saya berada dalam pihak yang benar, jadi tidak perlu gusar akan ugutan Usahawan Y. Saya tetap berpegang pada prinsip kejujuran dan cuba menyerap pelbagai karektor usahawan dari sudut positif.
Namun saya tetap kagum dengan Usahawan Y, apabila berjumpa dengan saya, dia tetap ramah mesra dan dan saya suka sikapnya itu. Tetap mengundang saya ke majlis di rumahnya, walaupun saya tidak pernah pergi tetapi dia terus juga mahu baik dengan saya. Jadi saya hanya mengambil sikap postif Usahawan Y, sikap ugutan dan ambil kesempatan saya jadikan sempadan dan tauladan buat diri sendiri.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
2 comments:
Memang ada yang suka ambil kesempatan atas orang lain cuma dalam banyak situasi kita perlu berfikiran positif, mana tahu ada benda tersirat yang memberi kebaikan untuk kita :D
Wan anie
ya lah wan, saya suka bersikap selamba kalu sudah 'blur' dengan situasi ambil kesempatan
selamba itu sebenarnya sedang mencerap seberapa banyak yang boleh ;D
Post a Comment