Salaam Cik Mas,
Saya M, berumur 27 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Buat masa sekarang, saya adalah seorang SAHM bercita-cita untuk menjadi WAHM. Tujuan saya mengirim emel ini kepada
Cik Mas kerana ingin meminta pendapat Cik Mas. Sebelum itu, terima kasih Cik Mas kerana blog naufalsayang amat menarik khususnya untuk orang-orang seperti saya.
Maafkan saya andainya saya mencuri masa Cik Mas dan harapan saya agar Cik Mas sudi meluangkan sedikit masa untuk emel saya ini. Saya ceritakan sedikit perihal diri saya dan berharap Cik Mas sudi memberi
pendapat dan bantuan buat saya.
Asalnya pada awal perkahwinan, saya berhenti bekerja kerana hendak mengikut suami yang bertugas di Sabah, dan saya bercadang untuk memohon menjadi guru, melalui program KPLI atau GSTT. Tetapi sebulan selepas berkahwin, saya mengandung dan permohonan KPLI saya tidak lulus manakala untuk memohon GSTT, wanita mengandung tidak diterima jadi saya tangguhkan dahulu niat saya. Kini, anak saya berumur hampir 6 bulan dan saya berasa berat hati untuk meninggalkan anak bersama pengasuh. Tambahan pula, saya ‘breastfeed’ anak saya jadi peluang untuk kembali bekerja terbatas dan saya perlu tunggu lagi. Suami saya pun berat hati jika saya hendak kembali bekerja memandangkan kebelakangan ini macam-macam kes kanak-kanak yang merisaukan kami untuk menghantar anak kepada pengasuh.
Saya tinggal di kawasan yang agak pedalaman. Pada pandangan saya, masyarakat di sini hidup mereka amat daif, kais pagi makan pagi. Asalnya saya berminat juga hendak memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan tetapi tidak mendapat sambutan memandangkan masyarakat di sini lebih cenderung makan makanan yang dimasak sendiri oleh mereka. Jadi niat saya mati disitu sahaja.
Saya cuba mencari pula peluang lain. Memandangkan ‘line broadband’ di sini boleh tahan, sekali sekala dapat juga saya ‘loading’ blog sendiri dan ‘site’ lain-lain . Saya mengambil keputusan untuk cuba
perniagaan kecil-kecilan di internet. Baru lagi bermula secara serius. Akan tetapi setakat ini, perniagaan saya belum lagi mendatangkan hasil.
Saya terus berfikir lagi. Apa lagi yang boleh saya lakukan. Saya terfikir mungkin saya boleh mencari kerja-kerja berkaitan penulisan atau terjemahan bahasa inggeris ke bahasa melayu tapi saya tidak tahu
kepada siapa saya harus memohon. Inilah yang menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menghantar emel kepada Cik Mas bagi meminta pandangan.
Selain itu, saya juga ingin meminta buah fikiran Cik Mas tentang bagaimana untuk mengatasi masalah motivasi untuk berada dirumah sebagai SAHM atau WAHM. Sebenarnya, ibubapa saya amat kurang setuju dengan niat saya dan suami. Mereka bimbangkan ekonomi kami sekeluarga dan mereka juga berasa amat kecewa memandangkan saya lulusan universiti. Kecewa juga rasanya kerana saya kini sedang mengecewakan
ibubapa saya. Itulah antara sebab saya ingin mencari peluang pekerjaan selain perniagaan yang boleh saya lakukan dari rumah.
Harapan saya semoga saya tidak mengganggu Cik Mas dan semoga Cik Mas sudi memberi pendapat dan membantu saya. Terima kasih Cik Mas kerana sudi meluangkan masa membaca emel saya yang panjang lebar ini.
Nota:
Puan M (saya namakan M sahaja ya), ini mahu berkongsi dan mendapat pandangan. Bukan M sahaja yang masih keliru untuk bermula, malah ramai lagi di luar sana. Sebelum saya menyatakan ulasan saya, jadi saya mohon pandangan suri-suri sekalian.
Mohon beri pandangan kepada 'situasi M' ini. Sekurang-kurangnya setiap pandangan mampu memberi sinar dan jalan. Pandangan 10 orang lebih baik daripada seorang. Idea 10 orang lebih baik daripada idea seorang. Mari kita sama-sama berkongsi pandangan dengan persoalan Puan M ini.
2 comments:
Salam Mas,salam juga kat Puan M
ini feedback 10saat saya pas baca email nih. saya assume pn. M berada di Sabah. tak pasti ape perniagaan online itu. sabah byk khazanah dari segi makanan, brg perhiasan rumah, kain, jewelery etc. saya assume juga pn. M ramai kenalan di semenanjung.
cari satu produk, cari peniaga di semenanjung and cuba jadik supplier. maybe nk buat jualan terus ke customer agak susah aim kan saja ke penjual kat sini.
cthnye:
ely nak jual ikan kering di KL? pn M bleh bekalkn.dan seterusnye.
pn M tak perlu carik pelanggan yg ramai cukup aje carik distributor.
jika modal jadi halangan. biasanye supplier pukal terms nye at least 50% .. bleh jadikkn modal tu.
okek itu idea cpt.. kalu sy dpt idea lain sy post later
xoxo
buat puan M, fokus kepada perniagaan online & jgn putus asa. perkasakan ilmu internet marketing. any kind of biz pun amik ms nak develop. saya pernah & masih berada dlm situasi yg sama, baru biz internet & masih terkial2 mencari pelanggan. Irfan Khairi pun hanya mendapat 3 pelanggan dlm thn pertama dia biz online, tapi dia tak putus asa & terus mencuba. Jadi kita sama2 berusaha ok puan M. Best of luck!
Post a Comment