Sumber foto: PTS Face book
Teks: Masayu Ahmad
Sudah lama tidak berceloteh pagi di sini, hari rasa agak lapang walaupun sudah ada beberapa tugasan yang perlu segera diselesaikan. Saya tidak mahu berbicara pasal kerja tetapi mahu berbicara apa 'reward' apabila saya selesai kerja.
Setelah beberapa minggu menghadapi minggu sibuk, hari ini saya bersantai-santai sehingga tengahari. Menu istimewa pagi ini nasi kerabu dan daging goreng kunyit. Kenyang sampai ke malam lah jawabnya. Sengaja masak yang berat, kerana sepanjang hari saya mahu 'marathon'.
Semalam belum habis bercerita pasal pesta buku, kepada yang mempunyai anak-anak kecil seperti saya sekitar umur 6 tahun ke bawah ini panduan jika mahu ke pesta buku hari ini dan esok. Dapatkan buku-buku untuk anak-anak pra sekolah untuk buku mewarna dan latihan menulis A,B, C dan matematik mudah di booth penerbi Fargous, buku sangat murah hanya 50 sen sahaja. Biasanya kalau buku-buku ini saya beli di pasaranya sekitar 2.50 hingga RM5.00. Jadi saya borong untuk stok setahun ;D.
Sangat mudah bagi ibu-ibu yang bekerja atau surirumah yang mahu buat latihan anak-anak kecil di rumah. Murah dan sangat praktikal berdasarkan piawaian sistem pendidikan pra sekolah terkini.
Ada satu lagi buku, depannya macam buku latihan biasa yang warna coklat, tetapi dalamnya sudah dilukis gambar dan bersama huruf yang boleh dilukis kanak-kanak. Biasanya juga Hakim akan lukis, tetapi yang dijual sudah siap dilukis cantik dan praktikal.
Semalam Hakim sangat teruja, buat latihan. Saya sampai di rumah.
"Ibu beli apa untuk saya. Oh ibu belikan buku untuk saya. Terima kasih bu," semalam tidak perlu paksa, buat latihan dengan jayanya.
Mungkin juga angin rajin sebab dapat buku baru, kita tengok berapa lama bertahan.;D
6 comments:
rugi benar kalau ibu bapa yang tinggal sekitar KL tu tak bawa anak-anak menikmati suasana berpesta dengan buku. lain nikmatnya. biasakan mereka dengan suasana begitu insyaallah sampai ke tua lah minatnya. kalau nak jimat bajet, boleh ikut cadangan Mas tu.
itulah kak chik banyak sebenarnya kemudahan percuma dan tidak ramai yang ambil kesempatan
contoh perpustakaan desa, macam tak ramai orang
lagi satu semalam, baru saya tahu ada Perpustakaan Kuala Lumpur dekat dengan dataran merdeka, terus daftar percuma
banyak kemudahan macam ni kat sini, tapi tu lah ramai yang tak tahu atau sebaliknya
ruginya saya tak tumpang kirim :(
siti
sangat rugi,tunggu tahun depan
owh nostalgia jadik kuli jaga stall karangkraf....aku x sanggup meredah banjir manusia kat pesta buku tuh...huhuhu....skarang p mall pon dah x sanggup...yg bestnya dok umah je...ngee
vogue
lambat sungguh hormon mahu duk rumah sampai ye ;D
Post a Comment