Teks: Masayu Ahmad
Semua terjojol biji mata sekejap, sebab tajuk entri agak ghairah. Ghairah di sini bermaksud sentiasa ghairah bekerja walau berada di rumah.
Kadangkala perasaan motivasi akan sentiasa turun naik. Apa tidaknya, berada di rumah memang seronok, tetapi yang kurang seronok apabila merasakan kerja rumah sentiasa ada yang perlu di selesai.
Selesai masak, perlu mengemas, selesai mengemas urusakan pakaian.
Istilah biasa yang saya dengar:
"Pakaian tidak berlipat setinggi gunung atau gunung everest.
Saya sendiri pun kadangkala sesak nafas juga. Pinggan mangkuk dalam sinki kadang-kadang macam iklan biskut 'chipsmore'. Selesai basuh, ada pula yang muncul beberapa minit atau jam kemudian.
Selesai 'mesin' basuh baju, jemur dan angkat, sudah menggunung pula yang menanti. Rasanya baru sahaja lipat, tetapi setiap hari gunung everest memang sentiasa ada.
Ini adalah cara saya melarikan diri daripada dikejar 'gunung everest' dan 'chipsmore'.
Bersambung: Aiman mahu tidur ;D...
2 comments:
mano sambungan nih ayu?
entri kat atas tu la dek non
'sambungan gunung everest dan chipsmore'
Post a Comment