Sila klik pada imej untuk mendapat gambaran yang jelas
Dua hari saya menghadiri majlis ilmu yang begitu bermanfaat. Sekembalinya saya bersama ahli masyarakat, satu amanah terpikul berat. Ya Allah, ku mohon padamu berikan kekuatan, ku mohon pada Mu jalan-jalan yang lurus. Walau ku sedar banyak onak di depan, mohon restu meneruskan perjuangan.
Sedar akan tanggungjawab ini, saya tidak boleh menutup mata, namun tidak pula melepaskan tangan. Saya akan berusaha sedaya. Insya-Allah. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.
Saya membawa cawan yang kosong, fikiran yang lapang ketika menghadiri majlis ilmu ini. Alhamdulillah cawan saya penuh terisi malah melimpah ruah. Saya akan kongsikan di sini dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment