Teks: Masayu Ahmad
Serap dan ambil iktibar
Saya sangat menyanjungi tugas sebagai doktor. Bekerja dalam suasana dalam penuh tekanan, persekitaran orang sakit, tugas yang tidak pernah habis dan sentiasa perlu bersedia 24 jam.
Sekitar usia hakim 1 tahun hingga 3 tahun, kebanyakan masa saya adalah berada di hospital. Hakim selalu keluar masuk ward. Saya suka mencerap persekitaran dalam perspektif apa yang saya boleh ambil pengajaran dan panduan.
Selalunya apabila perlu masuk wad sekitar jam 12 malam, proses biasanya akan berlansungs sehingga pagi. Tetapi saya kagum dengan ketenangan doktor melayan setiap pesakit.
Kadangkala ibu bapa kelihatan sangat bimbang, disebabkan kebanyakan adalah kali pertama. Jadi disebabkan sudah banyak kali tidur dan bermalam di hospital, itu menjadi satu rutin pula.
Apabila Hakim diserang asma, untuk sekian kalinya saya akan bertemu doktor yang sama atau doktor yang baru. Jadi, saya sudah bersedia jawapan lengkap untuk soalan doktor. Doktor tanya sekali, saya menjawab dengan panjang lebar. Saya mahu memudahkan kerja doktor dan jururawat.
Iktibar daripada suasana hospital
Petugas-petugas yang terlibat dalam suasana hospital biasanya sudah tepu dengan kerja sama ada pada waktu malam atau siang. Doktor pula setiap hari melayan pelbagai kerenah pesakit, itu tidak termasuk tidak cukup tidur dan perlu bersedia dipanggil bertugas walau sedang bercuti.
Betapa dasyatnya tekanan dan persediaan mental dan fizikal. Ada juga kadangkala doktor yang tidak cukup tidur, bertugas 24 jam atau berbelas-belas jam.
Kitalah doktor ummah
Apa yang saya mahu sampaikan buat diri sendiri, betapa saya tidak perlulah mengeluh-ngeluh kerana tidak cukup tidur. Betapa ramai orang yang sedang bekerja keras dan berjuang. Masa tidur bukan menjadi keutamaan
Bersyukur
Betapa bersyukur kita ada rutin yang perlu dilakukan. Ada sahabat yang mengadu kesunyian. Kesunyian kerana tidak ada suami sebagai peneman, tiada anak-anak untuk dilayan.
‘Gunung everest’ dan ‘biskut chipsmore’ adalah rutin seorang suri, tidak perlu mengeluh-ngeluh. Kerana masih ramai wanita diluar sana sangat mahu menikmati kehidupan sebagai suri rumah, tetapi masih tidak berpeluang.
Nota: Saya ada hutang tag dari zarin, maya dan kak chik.;D
1 comment:
betul tu, anak Zaila pon pernah masuk hospital sebab asma, penat tu toksah ceritalah tapi demi anak, kami berkampung di sana..Alhamdulillah sekarang ni dah tahu apa yg perlu dilakukan sekiranya anak zaila tu kena serang athma so kami lebih bersedia dr dulu;)
Post a Comment