Salam hari Isnin, 2 Mac 2010
Usai subuh saya sudah sibuk membangunkan kanak-kanak riang dari tempat tidur. Nasib baik semuanya memberi kerjasama dengan cemerlang. Untuk menyegerakan lagi kepantasan mengejar waktu, saya membeli sarapan hari ini roti canai, roti goreng dan karipap.
Disebabkan Arif memberikan kerjasama yang baik jika saya membawanya keluar, jadi Arif sangat bertuah kerana ibu membawa bersama.
Tiba di destinasi tersasar beberapa minit daripada jangkaan, nasiblah bukannya perjumpaan yang serius, sekitar sesi pemanasan. Namun ianya antara catatan penting dalam sisi karier saya sebagai penulis sepenuh masa yang baru berusia setahun jagung. Walaupun sudah ada pengalaman dalam bidang ini, ianya bukan sandaran yang boleh diambil mudah. Sebaliknya saya perlu terus melangkah dengan iringan usaha yang padu.
Kembali ke tempat yang paling meninggalkan kenangan terindah dalam diari kehidupan saya di muka bumi. Boleh diibaratkan sebagai tunjang asal dan asas kepada pengalaman dan kematangan saya hari ini. Sangat gembira berjumpa teman lama. Alhamdulilah, moga Allah segera makbulkan doa saya. Langkah kaki perlu terus melangkah, tapak yang perlu diatur kemas.
Mana satu yang akan menjadi sejarah dan catatan kenangan, saya masih menanti dalam penuh debaran. Semakin genting perasaan kala ini. Insya-Allah kiranya sudah sampai masanya, akan tiba jua harinya. Sudah lama saya menantikan saat ini, sudah lama.
Berapa lama saya menunggu dan berapa lama saya menanti. Sujud syukur, kerana peluang yang datang bertalu-talu. Moga saya dikekalkan dengan keazaman, kerajinan, sihat tubuh badan dan akal fikir. Mohon restu yang esa agar perjalanan kali ini diberkati dan ianya penuh dengan nadi perjuangan.
Perjuangan seorang isteri, wanita, ibu, anak dan ahli masyarakat. Menggunakan sebaik mungkin peluang dan ruang untuk kesempatan berbakti. Betapa saya sunggu terharu dengan peluang ini, ianya datang tanpa disangka, namun saya sentiasa memohon kepada yang Esa. Rupanya doa seorang wanita kerdil ini ditunaikan juga.
Alhamdulillah atas semua kurnia Yang Maha Esa. Tidak terucap atas nikmat yang diberikan.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/
http://www.naufalsayang.blogspot.com/
1 comment:
Salam Kak Mas.
Wah bagus biasakan anak-anak bangun awal. Saya pagi tadi sarapan maggi goreng segera;-)
PS: Minta jasa baik Kak Mas baca post saya di url kat bawah. Dan minta jasa baik beri sepatah dua kata ya. Trimas;-)
http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/03/yang-ke-150-post-istimewa-hampir-4.html
Post a Comment