Alhamdulillah baru balik dari majlis kesyukuran, semua tadi surirumah sahaja, rasanya lebih 40 orang, mencerap pengalaman yang berlainan dalam majlis ini. Wanita kalau sudah berkumpul memang tidak sah topik resipi, anak sekolah, persatuan, kuih-muih dan banyak lagi.
Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, kadang singa mengaum. Kalau wanita ala elit gaya London memang tidak sesuai kalau mahu masuk majlis biasa-biasa. Apa yang penting jalinan ukhwah dalam suasana berbeza.
Kalau ada mak datin gaya elit memang tidak sesuai lah datang. Walaupun mereka adalah surirumah, namun status peranan tidak boleh diambil mudah. Mungkin luaran nampak biasa-biasa, manatahu setiap orang itu memang luarbiasa yang tidak nampak pada mata kasar. Hanya Allah sahaja yang nampak
Kedudukan tinggi, pelajaran tinggi, gaji tinggi, jika akhlak rendah sudah tidak ada imbangan di situ.
Pada pandangan saya, ini sahajalah caranya mereka menjalina persahabatan dan silaturrahim. Tadi kedengaran juga sesiapa yang mahu berarak sempena maulidurrasul. Saya dengar hujung telinga sahaja kerana sibuk melayan kanak-kanak riang.
Saya sepatutnya hadir untuk majlis AJK taman pada Jumaat ini. Moga kelapangan berjumpa suri-suri di sini yang masing-masing sibuk walau berada satu taman. Namun hubungan kejiranan perlu juga diambil peranan, menyumbang setakat yang mampu. Saya sudah melalut, jadi mahu berhenti dahulu.
4 comments:
Mesti best jika ada aktiviti persatuan wanita/surirumah di kawasan setempat, boleh berkongsi cerita dan idea...
wan
ada yang best ada yang tak best
yg best, sebab kalau kenduri sama2 gotong royong
betul tu kalau berkumpul macam tu ada yang seronok dan tak seronoknya...
dah lama kak ima tak berkumpul cam gitu...
kak ima
tulah, kita ambil yang seronok sudah lah,
yg tak seronok, buat-buat tak dengar sahaja,;D
Post a Comment