Monday, March 29, 2010

Motivasi buat surirumah dan wanita bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Status ini walaupun berbeza tetapi tetap sama dari segi peranan dan senarai kerja rumah. Kerja rumah bertambah apalagi menguruskan rumahtangga, kerja dan anak-anak yang masih kecil

Kerapkali wanita menghadapi tekanan, mahu meluah perasaan dan mahu lari sebentar daripada kekalutan.

Wanita bekerja diluar rumah biasanya, selepas sampai di pejabat akan berdepan dan mula fokus dengan suasana kerja. Tetapi tidak di rumah anda kadangkala akan menghadapi rutin yang sama.

Cabaran suri rumah

Apabila anda merasakan sudah aman dan selesa selepas ruamh bersih dan anak-anak sudah wangi. Baru sahaja anda ingin melepaskan penat, anak-anak sudah buat hal. Si kecil mahukan susu, si A mahu makan, si B mahu anda menemani membuat kerja sekolah.

Anda turutkan juga walaupun penat, selepas beberapa ketika rumah kembali berselerak. Begitulah rutin hinggalah petang suami pulang. Mendambakan makanan siap sedia terhidang rumah bersih dan anak-anak wangi.

Hadapi tekanan dengan tenang

Sangat perlu sebagai surirumha kita juga perlu membiasakan diri dengan mood ‘tenang’ sebelum datangnya mood ‘naik hantu’. Apalagi apabila anak-anak mula buat hal dan kerenah. Adakalnya emosi akan terganggu dan mahu melepaskan diri.

Variasikan rutin

Banyak cara untuk melepaskan rutin yang sama dan menjemukan. Jangan ikat diri anda sebagai suri rumah semata-mata. Sebaliknya letak diri sebagai Pengurus rumah tangga professional. Apabila professional anda ada ilmu dan tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai

Jangan beku dalam rutin yang sama setiap pagi bersarapan, urus anak sekolah, masak tengahari dan begitulah sampai malam dan bermula semula keesokann harinya.

Bijak merancang aktiviti

Pastikan ada ruang untuk diri sendiri. Saya sendiri suka meletakkan hari cuti pada hari-har tertentu, Saya menghadiri seminar motivasi atau apa sahaja seminar pembangunan diri berkaitan kerja atau syarikat. Biasanya saya akan tinggalakn rumah paling lama 2 hari 1 malam. Masa inilah untuk melepas, berehat dan berjumpa kawan baru. Kadangkala apabila selesai, rasa satu tenaga dalaman datang dan memberikan ‘mood’ baru untuk bekerja.

Keluarkan peluh

Walaupun setiap hari berada dalam kesibukan, saya membawa anak-anak ke taman permainan. Itu aktiviti wajib hujung minggu, saya bawa bersama bahan-bahan kerja. Jika jemu berlari pusing taman menghijau untuk melepaskan lelah dan mengeluarkan peluh.

Pilihan lain ialah menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Kemudiannya saya memilih untuk mendapatkan rawatan refleksologi. Atau memanggil urut tradisional ke rumah jika rasa badan mula letih.

Variasikan pilihan untuk melakukan pelbagai rutin dalam minggu atau bulan. Jika anda melakukan rutin yang sama, saya percaya ramai ibu-ibu yang mula emosional dan mula bertukar menjadi ‘hulk’.

2 comments:

Fauziah said...

tips yang bagus... tq for sharing.

Masayu Ahmad said...

terima kasih

salam perkenalan kembali, ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin