Thursday, March 4, 2010

Mengurus kesibukan

Teks: Masayu Ahmad

Apabila sudah berkeluarga dan mengalami pertambahan usia, masa dijadikan sebagai ukuran 'sibuk'.

 Sibuk urus keluarga, tiada masa untuk diri berehat.
 Sibuk dengan karier, kerana sudah semakin penting dan ada 'kedudukan'.
Sibuk dengan bisnes sehiggga tidak ada masa berjumpa teman-teman.

Keluarga dan karier membuatkan kita begitu 'sibuk'. Kadangkala dan kerapkali terperangkap dengan 'kesibukan'. Sibuk atau menyibuk.

Ramai yang terlepas pandang dan tidak berhati-hati apabila menggunakan perkataan 'sibuk'. Ini ingatan juga buat diri sendiri. Apabila ada teman laman mahu berjumpa, tetapi ada pula urusan mustahak yang mahu diuruskan segera. Jadi saranan dan jawapan mengambil hati berikut boleh membantu.

Mahu jumpa, tetapi tidak sekarang. Cari tarikh yang sesuai agar kedua-dua pihak merasakan masih saling memerlukan.

Sebaiknya jangan memberi jawapan sebegini.

"Aku sibuk sangat ni, lusa mahu out station ke Sabah, minggu depan ke Austarlia, bulan depan ada Hari Keluarga di Korea".

Sesiapa yang mendengar pun rasa meluat, sibuknya dia, macamlah orang lain tidak ada urusan. Macamlah terhegeh-hegeh sangat mahu jumpa.

Kenalan lama, kenalan baru, ahli keluarga, jiran sebelah rumah tetap mempunyai nilai hubungan yang perlu kita jaga. Sehebat manapun kita, tetap memerlukan setiap ahli masyarakat agar kehidupan kita tidaklah terkontang-kanting seorang diri. Kita tidak dilahirkan seorang diri di muka bumi, jadi berkongsi, berhubung adalah salah satu talian silaturrahim yang perlu dijaga.

Salam penuh kasih sayang

Nota: Walaupun sibuk, saya sayangkan blog ini dan lagi sayang pada sesiapa yang sudi baca dan meninggalkan jejak.

2 comments:

Wan Anie said...

Mas mesti sayangkan saya kan? ;D

Masayu Ahmad said...

wan

nakal soalan itu ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin