Monday, March 8, 2010

Buku halal haram, Persatuan Pengguna Islam


Saya pernah ada sebuah buku rujukan ini, ingat tak pada bulan puasa yang lepas saya kehilangan satu beg kesayangan yang berisi banyak buku saya. Alhamdulillah hari ini, bukan sahaja saya dapat menjejaki semula buku ini, malah diberikan gedung ilmu percuma pula. Siang tadi selepas membawa Arif ke klinik saya berkesempatan singgah di perpustakaan. Disebabkan saya tidak ada kad, jadi perlu mendaftar dahulu. Disebabkan di tangan saya sudah penuh dengan buku, penjaga perpustakaan tersebut Ina namanya memberi kelonggaran pada saya boleh mendaftar dan terus meminjam. Sebetulnya pemegang kad boleh meminjam jumlah maksima tiga sahaja, tetapi sudah rezeki saya dapat meminjam 9 buah dalam satu masa. Masakan tidak saya terus mendaftar untuk en.suami dan Hakim. Jadi saya mempunyai tiga kad. Sungguh seronok, seperti dunia ini saya yang punya. Tahulah akan tabiat saya ini, kalau dalam gedung buku 24 jam tidak minum dn tidak makan pun tak mengapa.

Hasilnya tadi saya membawa 9 buku berikut.
1. Mengubat Cara Nabi, Jamaludding Ibrahim Mydin
2. Panduan Hak Cipta, Karya Kita Hak Kita, Nisah Haron
3. Sukses Dalam Karier Untuk Muslimah, Aishah Yussofea
4. Panduan Senaman Tanpa Ubat, Persatuan Pengguna Pulau Pinang
5. Fiqih Wanita, Muhammad Athiyah Khumais
6.Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin
7.Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
8. Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, Muhd Kamil Ibrahim
9. Diari Hidup Rasullullah, PTS Millenia

Inilah buah hati terbaru untuk minggu ini. Saya sampaikan menangguh-nangguh kerja kerana ada buah hati baru. Aduhai saya diserang penyakit ini lagi, mahu tenggelam malam ini dalam dunia saya. ;D

5 comments:

Zaila Mohamad said...

waaah rajinnya akak baca buku
saya beli buku sebijik pon belum habis baca lagi walaupon dah berbulan-bulan..hehehehe

Ummi Hanie said...

saya pun ada buku panduan ni kak mas . bila baca , rasa takut nak makan tanpa usul periksa , dan sy rasa hampir2 semua makanan di luar ni disyaki status halalnya ... nauzubillah...
semoga Allah beri kita kekuatan utk jaga makan minum kita...amin

Masayu Ahmad said...

zaila

bukan lagi rajin, sebab hobi jadi membaca mcm makan nasi sahaja ;D

ummu hanie
bagus ummi hanie
kak mas rasa, semua surirumah patut jadikan buku ini sebagai rujukan dan bacaan wajib

Ely Hasrul said...

salam mas.. nak bgtau mas dulu.. nnti sy nk buat entry tutorial psl buku yg sy menang tuh.. bleh share2 bisnes tips dlm tu.. ramai yg tanya cmne sy buat.. huish belum la bjaya sgt tp dh ramai tnya :P

Masayu Ahmad said...

ely

terima kasih atas pernghargaan

kejayaan ely adalah satu bukti bahawa bekerja atau bisnes dari rumah adalah boleh dijadikan kenyataan,

kejayaan ely juga boleh memberi peransang kepada yang lain-lain juga

teruskan sahaja tanpa perlu minta persetujuan saya

ilmu yang sedikit dikongsi dengan lebih ramai orang, akan bertambah manfaatnya

itulah niat saya sebenar

sekurang-kurangnya, melalui blog dan hadiah tidak seberapa itu sudah memberi peransang dan usaha ely, saya juga sangat terharu

ianya juga terus memberi inspirasi kepada saya agar lebih ramai lagi yang mengikut jejak langkah ely

sama-sama kita berkongsi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin