Thursday, October 28, 2010

Terapi buat wanita ;D

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Bilik untuk urusa pakaian, sama ada membasuh, menjemur, mengosok. Sangat sejuk mata memandnag, keadaan tidak bersepah-sepah. Ini juga boleh dijadikan satu bilik terapi jika pandai menyesuaikan. Tengok pilihan warna asas hanya putih dan warna tanah sahaj. Tidak berserabut dengan pelbagai warna. Itu adalah kata kunci pemilihan warna untuk terapi mata dan fikiran. Cuba bandingkan dengan keadaan tempat membasuh atau tempat kalian menguruskan pakaian. Kadangkala seolah-olah tidak ubah seperti tempat stor untuk simpanan barangan terbuang. Rumah kita kan tempat lokasi untuk bersantai-santai dan bersenang-senang. Ok mulai hari ini cuba minimakan perkara atau perkakasan remeh temeh. Buang segala hiasan mak nenek yang serabut mata memandang.


Pada saya pilihan gambar ke dua adalah lebih tersusun dan kemas, semua perkakasan yang serabut, simpan dalam satu tempat dalam rak seperti di atas. Jika tidak ada kabinet, pilih kotak plastik yang banyak terdapat di kedai.


Kata kunci di sini:

1. Dua warna asas sahaja, kalau warna pulih ia akan nampak luas, bersih.

2. Jangan pilih padanan corak berbunga-bunga, abstrak- sila buang corak begini kalau mahu kediaman lapang-selapangnya.

3. Nyahkan segala perhiasan yang menyumbang kepada habuk, perhiasan semata-mata (perhiasan kecil-kecil yang memenuhkan ruang anda) ia hanya serabut mata memangdang. Cuba kalian bayangkan padang hijau yang lapang. Lapang bukan! Kosong tanpa apa-apa.Minimakan hiasan kecil di rumah.

4. Tidak perlu perabot baru, hanya beli cat sahaja. Jika tidak percaya cubalah cari warna cat cerah dan gabungkan dengan putih, rasa luas sahaja kediaman. Lenyapkan segala lakaran lukisan yang dilukis kanak-kanak.

Semasa bekerja sebagai wartawan dahulu, jika untuk tugasan mengambil dekorasi rumah, ada satu rumah pemiliknya gemar mengumpul barang jika melancong. Alamak! Saya mahu ke rumahnya, hanya tinggal ruang sempit sahaja untuk set sofa dan tv, yang lain penuh dengan barang hiasan. Habis semua ruang tamu dipenuhi barang. Macam stor pun ada, bukan lagi ruang tamu untuk beristirehat. ;D

4 comments:

Syahida said...

Mas pun minat deko2 ye?? saya suka entri sebegini..Almaklumlah, konon2 nak jadi interior designer..tapi tak menjadi..hehe

Ummi Maryam said...

salam,

kak mas, saya suke idea ini..trimas :)

Unknown said...

memang nampak kemas & bersemangat nak buat kerja2 laundry bila tempatnya gitu cosy..

rynas said...

yer teringat nak cat rumah tuko warna lain..tapi cam takut jer tak cantik..ada idea tak nak guna warna apa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin