Teks; Masayu Ahmad
Pic: Google
Lebih kurang banyak inilah yang perlu saya teguk jam 7.30 tadi di klinik, dengan kata lain minum air gula. Semalam dan pagi ini perlu berpuasa. Ini rutin biasa untuk ibu hamil. Tiga kali untuk tiga fasa. Aduhai nak menghabiskannya sangatlah naik muak, telan air gula. Apa yang tak biasanya, hamil ke empat inilah kali pertama merasa minum air gula. ;D. Pandai tak saya mengelak. Hihihi.
Saya ini kadangkala nakal juga, kalau saya tak suka, saya taknak. Tetapi memikirkan usia sekarang jadinya perlu lah tahu situasi sebenar, walaupun rasanya status kesihatan masih ok. Bawa sebuah buku, sambil menunggu, terlena juga saya. Balik ke rumah sudah siap en.kanda belikan nasi kerabu. Terima kasih ya suamiku ;D.
Ok, saya mahu sambung makan, dan siapkan kerja untuk hari ini. Nanti jika ada kelapangan saya masukkan juga entri motivasi untuk hari ini.
http://www.janawangdirumah.com/
4 comments:
kenapa kena minum air gula kak mas?
saya tak pernah pulak minum.
salam Ida
untuk mengetahui kandungan gula dalam darah, kenal pasti kencing manis
kak mas pun ini kali pertama
pekatnya yang amat
memang kalau tambah air sirap dengan ais, boleh buat jamuan untuk lima gelas air ;D
mas,
kakyong masa mengandungkan anak ke3.. kena minum 2 kali gelas besar pulak tu... ya ALlah.. lepas minum kali ke2 (on the same day) rasa mcm nak pengsan pun ada.. sebab pekat sgt gulanya tu... pastu dok cover dgn minum bergelas2 air masak.... tp memang xde kencing manis.. masa menganding tu memang kuat makan.. tu yg asyik berat naik melebeihi had... hihiiii
salam kak yong
saya nak kata kuat makan tidak juga, biasa-biasa sahaja
rasa perut cepat penuh, rasanya sejak dua menjak ini agaknya minum air gula ini menjadi peraturan untuk ibu-ibu hamil
masa hamil anak pertama hingga ke tiga tak ada pula ;D
Post a Comment