Tuesday, October 5, 2010

Salam kasih sayang, teruskan momentum motivasi

Teks: Masayu Ahmad
Poic: Google


Salam pagi Rabu bersamaan 6 Oktober 2010. Alhamdulillah untuk kenikmatan hari ini. Harapnya juga kalian sudah bersarapan. Apa ya rancangan hari ini, saya seperti biasa pagi-pagi sudah menyediakan sarapan. Hari ini beli nasi lemak telur mata, makan bersama kopi radix.

Untuk kanak-kanak riang, roti bersama kaya dan juga kari ikan untuk hidangan tengahari, permintaan Hakim. Suka benar makan nasi bersama kari.

Ok, saya cuba untuk menyiapkan dan memilih pemenang peraduan. Harapnya segera menyudahkan apa yang sudah dimulakan.

Jika kalian ingin menambah pendapatan, jangan lupa mendaftar di http://www.klikjer.com/ dan pilih mana-mana ebook untuk promosi di blog kalian.

Kalau promosi ebook Panduan Bekerja Di Rumah untuk wanita, lagilah saya persilakan. Komisyen agak banyak juga. Alhamdulillah saya sudah menerima komisyen bukan sahaja dari ebook saya, tetapi juga ebook yang lain. Terima kasih yang membeli dan sudi membeli dari blog saya ini.


Sertai saya dan nama kalian ada dalam ebook atau buku saya.

Dalam buku Jana RM Dari Rumah, ada perkongsian Zubaidah Ar'bai melalui pengalamannya memulakan bisnes niaga.net dan juga Wan Anie http://www.comelote.com/.

Juga dalam ebook saya, masih ingat tak peraduan buku inspirasi yang pertama dahulu. Pandangan kalian ada dalam ebook tersebut pada bahagian pengenalan. Juga pautan terus kepada blog kalian. Ini juga salah satu promosi ya. Mana tahu pembeli dan pembaca ebook berkenaan akan terus ke blog kalian.

Antara nama-nama mereka yang terlibat dalam ebook tersebut ialah 10 pemenang peraduan terdauhulu. Nama-nama seperti berikut:

1. Ely Suhaili- http://www.mrspapi.blogspot.com/
2. Wan Normi Hj. Mat Yusof-http://www.kedaihuffaz.blogspot.com/
3. Mommy Lyna-  http://www.mysuperkids.net/
4. Salwa- (sayangnya web salwa sudah tidak aktif, jadi tiada pautan)
5. Zubaidah Arba'i- http://www.kedainiaga.com/
6. Faziatun Nisa'- http://www.fazya.blogspot.com/, http://www.chocville.com/
7. Kak Chik-http://www.keluargakusayang.blogspot.com/
8. Nurhidayah Nazahiyah Erham.
9. Norhafizah Madzlan- http://www.sitisifir10.blogspot.com/
10.Wan Anie- http://www.tintacomelote.blogspot.com/
11. Nor Azura-http://www.comeybelako.blogspot.com/

Nama dan blog ini ada dalam ebook panduan bekerja di rumah. Jadi harapnya kalian kekal konsisten untuk sentiasa mengemas kini blog. Setiap pembeli ebook, tersebut tentu sahaja akan terus ke blog kalian. Pandangan kalian penyertaan ada dalam paragraf, 1.2 Pandangan wanita tentang matlamat bekerja di rumah.

Siapa yang rajin menyertai peraduan saya, sudah tentu ada manfaatnya. Semoga bisnes kalian akan terus sukses dan mampu menjana pendapatan yang baik untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Sertai temu ramah online, tarikh akhir 15 Oktober 2010.

Ok, bagi yang masih berminat, tidak terlepas lagi peluang kalian. Justeru, saya mengajak kalian menjawab soalan yang sudah saya utarakan. Tidak perlu senaraikan, terus sahaja hantarkan jawapan kalin ke email saya

masayu2010@gmail.com.

Mana yang sesuai akan saya pertimbangkan sama ada akan dimasukkan di dalam ebook atau buku yang sedang sayang usahakan sekarang. Tarikh terbit mung lambat atau cepat. Sebagaimana buku saya hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja, berbanding ebook setahun menunggu giliran.

Apa pun semua terserah pada rezeki Allah. Saya cuba berusaha menyelesaikan setiap apa yang sudah saya mulakan. Harapnya juga setiap orang yang datang ke sini mendapat manfaat yang tidak seberapa dari blog saya. Sama-sama kita raih rezeki di bumi Allah dan juga kekal berusaha tanpa jemu. Segala yang baik datangnya dari Allah jua, segala kekurangan datang dari saya sendiri.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.janawangdirumah.com/

2 comments:

ciketon fazya said...

alahai k.mas,
dari sehari ke sehari nak jawab soalan ebook k.mas tapi tak kesempatan..:(

Masayu Ahmad said...

fazya

kena sempat, lagi 4 hari..;D

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin