Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam hujung minggu, mari kita fikirkan yang indah-indah sahaja. Mari kita selongkar apa yang wanita sibuk, super sibuk mahu pada hujung minggu.
1. Bangun pagi rumah sudah bersih
2. Kain baju semua sudah berbasuh, berjemur, berlipat, tersusun dalam almari dan stok pakaian seminggu bekerja sudah siap digosok dan tersusun cantik dalam almari.
3. Hanya pandangan yang indah-indah sahaja, lantai sudah dimop, kain baju bersih, bilik air bersih dan dapur suci murni.
4. Bangun pagi dengan tenaga luar biasa mahu menyediakan sarapan, tengahari dan malam.
5. Petang hari keluar beriadah, mahu membeli belah untuk keperluan seminggu.
6. Sabtu dan Ahad, masa bersantai-santai dan berehat-rehat khusus untuk anak-anak.
Realitinya
1. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat pada sabtu dan Ahad kerana keletihan.
2. Selesai tugas seminggu mahu selesaikan tugasan rumah tangga yang tidak habis-habis.
3. Sabtu adalah waktu khusus untuk selesaikan kerja rumah, petang sudah keletihan, jadinya makan diluar sahaja.
4. Pulang ke rumah masih ada saki baki kerja rumah yang perlu diuruskan.
5. Sangat bertuah bagi isteri, yang mempunyai suami ringan tulang. Jika berat tulang Sabtu Ahad adalah sama sahaja seperti hari bekerja.
6. Alangkah indahnya semua kerja rumah beres semasa hari Jumaat. Jadi Sabtu dan Ahad khusus untuk berehat semata-mata.
7. Cepatnya Sabtu dan Ahad berlalu, oh Isnin sudah melambai-lambai. Tenaga yang baru berkumpul terus hilang semangat untuk memulakan Isnin yang penuh dilema.
8. Rehat yang cukup, petang Ahad bacalah buku yang memberi motivasi dan suntikan tenaga jadi Isnin adalah permulaan yang mengembirakan.
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/
Bangu pagi sudah ada yang membeli, walau sedang tidur urusniaga tetap berlaku. Siapa mahu sertai saya, boleh sahaja sertai affiliate http://www.klikjer.com/.
2 comments:
memang selalu mengimpikan begini... tapi sukar hendak dilaksanakan...
ada bagusnya jika diagihkan kerja remeh-temeh rumah kepada org lain supaya ibu2 dapat tumpukan pada perkara yang penting shaja seperti masak dan melayan suami dan anak2...
wahai suami, jika mampu berilah pembantu kepada isteri kamu, tapi jika tidak suamilah yang kena banyak membantu :)
wan ani
ya ramai wanita luar sana mengimpikannya
rukun rumah tangga, toleransi suami isteri sangat membantu untuk memastikan kerja rumah dilakukan bersama ;D
pembantu rumah dan suami membantu adalah pilihan untuk isteri yang kepenatan ;D
Post a Comment