Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Alhamdulillah atas nikmat rezeki hari ini. Hari ini saya tidak ke mana-mana, mahu fokus atau dengan kata lain memberi tumpuan menyiapkan kerja sahaja. Pagi tadi ada sedikit masalah yang perlu diselesaikan, bukan lah masalah sebenarnya, tetapi sedikit urusan yang perlu dilunaskan hari ini sebelum menjelang esok. Mujur ada hamba Allah yang baik hati memberi khidmat bantuan. Syukur juga kerana urusan tersebut perlu diselesaikan hari ini. Terasa lapang sungguh. Tidak tahu mahu kata apa, kadangkala ketika buntu, selalu sahaja bantaun datang segenap corok tanpa disangka-sangka. Ini juga dinamakan rezeki.
Menjelang petang, saya ambil masa untuk berehat sekejap sebelum memecut untuk menyambung penulisan. Berkata saya kepada suami, teringin pula makan hidangan raya, ;D, alahai teman baik aka teman rapat menelefon sudah menyiapkan rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Alahai, terima kasih Yah bersusah payah menyiapkan. Bagai diseru-seru pula, bertimpa-timpa rezeki datang silih berganti. Syawal kali ini memang saya lelah mahu memasak. Hanya menyediakan juadah biskut dan kekacang sahaja untuk tetamu bertandang. Saya sungguh terharu, Yah selalu tidak berkira, masak pula untuk mak buyung yang suka makan. Semuanya sedap, terima kasih daun keladi.
Malam ini ada jamuan raya di taman ini, jadi saya tidak memasak lagi. Itu pun rezeki juga kan. :D
Salam kasih sayang
2 comments:
dah habis raya tapi masih ada hidangan raya....memang rezeki
salam wan
itulah kan, masih ada rezeki dapat lagi merasa hidangan raya, al-maklumlah kalau berada di Kl ni
kalau kat kampung masa raya ajelah ;D
Post a Comment