Monday, October 11, 2010

Nikmati pagi indah dengan nilai kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam pagi Selasa bersamaan 12 Oktober 2010. Masa terus cemburu pada saya, mahu terus meninggalkan saya. Apa pun saya tetap berusaha agar kpi saya cemerlang untuk tahun ini. Hanya saya dan Dia sahaja yang tahu.

Kritikal sungguh masa yang ada, bayi semakin aktif menendang-nendang. Sabar dulu dik jangan keluar dahulu. Banyak perkara lagi ibu belum selesaikan. Ada sedikit kontraksi gurauan dari orang dalam perut. Aduhai, moganya keluar pada tarikh tahun baru 2011. Jangan tahun ini. Saya seboleh mungkin memecut dengan laju berkejaran masa. Harapnya yang dikendong dapat, dan tidak ada pula yang keciciran.

Sakit belakang akan mula terasa apabila saya duduk terlalu lama fokus untuk menulis dan menyunting manuskrip. Sampai kadangkala terlupa yang saya mengandung, tidak boleh duduk lama-lama. ;D.

Biasanya kalau saya bertukar posisi kurang selesa. Arif akan datang dan membelakangi.

"Ibu sakit? Meh Arif urut." Perlahan-lahan diurut dan ditumbuk. Arif memang pandai mengambil hati. Tumbukan perlahan dan ulangannnya memang terasa. Gumpalan tangan comel ini meresap ke naluri saya. Penuh kasih sayang.

Aiman.

"Ibu sakit ya, meh, meh Iman tolong." ;D

Rutin sekarang juga Aiman  sudah pandai membuang sendiri lamping pakai buang yang dipakai.

"Iman buang ya bu, nanti sepah-sepah ibu marah.'

Hakim

" Iman jangan ganggu ibu, ibu sakit tu."

Atau pun mengadu pada saya.

"Ibu, tengok Iman dan Arif sepah-sepah."

"Tegur, jangan sepah-sepah." Arah ibu.

Mula bercekak pinggang, arahan tegas akan dikeluarkan.

"Aiman, Arif, jangan sepah-sepah, nanti ibu marah. Buang sekarang!"

" Ye lah," serentak jawapan Arif dan Aiman. Lalu membuang pakaian kotor yang dipakai dalam raga atau kembali mengutup mainan dan simpan.

Susah mahu pisahkan tidur

Paling ketara dan kesukaran saya sendiri adalah berpisah tidur dengan anak-anak. Biasanya saya sudah menidurkan mereka di bilik berasingan. Aiman baring atas lengan kanan, Arif lengan kiri, Hakim lena sambil memeluk tangan saya atau tapak tangan saya perlu ada di bawah pipinya. Dapat hujung pun tak apa asalkan bersentuhan. Jika semua lena, saya akan bangun berubah tempat tidur di bilik lain. Bangun atau tersedar jam dua atau empat pagi, masing-masing sudah bergelimpangan di celah ketiak hujung kaki, ada yang memeluk erat pinggang. Apakan daya, hajat tak sampai.

Sebelum tidur, mereka tidak mahu lena selagi saya sendiri yang tidak menidurkan. Ikut sahaja. Masih berusaha memisahkan tempat tidur, dan masih belum berjaya. Kalau saya bertegas kedengaran pula tangisan yang panjang di luar bilik. Kita pula yang tidak sampai hati. Biarkan dahulu, saya juga yang tidak bertegas, anak-anak masih perlukan sentuhan ibu, saya juga jenis yang tidak sampai hati. Biarlah dahulu, sehingga sampai masanya.;D

Oh, sekarang ini masih bergelimpangan tidur. Semalam Hakim dan Arif bersusah payah menarik toto dari tingkat atas turun ke bawah. Kerana saya kembali bekerja di bawah. Bilik bawah hanya ada satu katil. Bangun pagi semua sudah berada atas katil, ;D. Habis sakit satu badan dihempap kanak-kanak riang.

Mereka masih tidur lena, saya meneruskan kembara menyiapak manuskrip. Sarapan belum buat, hanya mahu beli roti canai dan buat kari ikan buat kanak-kanak riang.


Rai kasih sayang yang tiada nilai, kerana ia mungkin akan dibawa pergi satu hari nanti.

http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin