Sunday, October 17, 2010

Jadilah bidadari syurga dan rumah tangga, Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka!

Teks: Masayu Ahmad


Rumah ku syurga ku, rumah tempat terbaik sesebuah institusi keluarga bermula. Sebuah kerajaan kecil, yang perlu dijaga dibajai. Banyak perkara yang bermain di fikiran dan ia seringkal berasak-asak mahu diluahkan. Ok, mungkin entri kali ini ada kaitan dengan setiap pandangan yang ingin saya lontarkan. Kelak jika saya rajin akan saya kupas mengikut susunan dan kesinambungan yang lebih baik. Hari ini sekadar menyatakan pandangan, ulasan dan peringatan buat diri sendiri.

Matlamat wanita sebenar

Sudah tentu ingin menjadi penghuni syurga, malah mahu kekal juga sebagai bidadari buat suami. Dianugerahkan cahaya mata sebagai penghibur dan juga untuk mewarisi dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Anak-anak terabai

Ketika berada diluar saya suka mencerap sekeliling, dari sudut pandangan hati. Alangkah rasa sedih melihat muda mudi anak-anak yang tingkahnya kurang beradab. Mana mahu salahkan siapa, ibu bapa, masyarakat atau corak pendidikan yang diberikan.

Saya masih tradisional dalam hal ini, pendekatan agama masih lagi langkah asas dan ia adalah perlu untuk pencerapan anak-anak ketika masih di dalam kandungan dan bayi.


Dilema wanita

Ok, apa kaitan wanita dan pendidikan anak-anak. Kerana ibu adalah pemula terbaik sejak awal kandungan. Malah bapa tidak boleh melepaskan 100 peratus tanggungjawab tersebut kepada ibu sahaja. Harus ada kerjasama dan toleransi dalam usaha ini.

Fasa perkembangan keluarga

Jika dicerap melalui pengalaman sendiri dan juga pengalaman sekeliling, kita dapat melihat beberapa fasa dalam tempoh awal permulaan keluarga.

Fasa perkahwinan
Permulaan ke jinjang pelamin, menyatukan dua hati. Matlamat baru bermula.Jika dilihat kedudukan ekonomi pada masa ini tidak ada masalah. Kerana ke dua-duanya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga. Kelahiran anak pertama membuka ruang baru dalam hidup berkeluarga. Pada yang bijak sudah merancang awal ketika fasa-fasa seterusnya akan berkembang.

Fasa pengembangan keluarga

Anak pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya. Pada masa ini ibu bapa mula memikirkan perancangan terbaik hala tuju keluarga. Sama ada ekonomi iaitu kewangan, pendidikan anak-anak, simpanan, pelaburan.

Dilema akan bermula

Proses pembesaran anak-anak, sedikit sebanyak mengambil faktor kewangan mengambil kira. Bayangkan pendidikan awal kini, jika mahu selesa kosnya juga mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setahun. Pendaftaran awal sekitar RM500 hingga RM1000. Itu tidak mengambil kira bayaran bulanan. Untuk seorang anak perlu mengambil kira kos permulaan RM200 hingga RM250 ketika usia bayi, iaitu selepas habis pantang, 3 bulan sehingga usia 3 tahun. Kita lihat seperti berikut:

3 bulan- 3 tahun:
Peruntukan bulanan RM200-250 (penjagaan)

Pendidikan awal
Usia 3 tahun 6 tahun
Pendaftara RM500-RM1000:
Bulanan RM200-300


Kos ini tidak termasuk makanan, pakaian dan perkara-perkara lain. Itu sekiranya anak-anak adalah seorang. Apa pula dua, tiga dan seterusnya.


Berapa orang anak?
Pandangan pakar kesihatan usia 25 hingga 35 tahun adalah tempoh yang sesuai untuk hamil dan melahirkan anak. Lima orang adalah jumlah yang banyak dan sesuai untuk famili moden kini. Tetapi dua dan tiga adalah pilihan ibu bapa kini. Ini berdasarkan pandangan saya semata dan tiada fakta yang jelas (perlu merujuk dahulu).

Apa yang saya mahu sampaikan sebenarnya?

Empat perkara yang saya mahu sampaikan, bilangan anak, merancang hala tuju keluarga, pendidikan dan sandarana ekonomi keluarga.

Empat perkara ini perlu difikirkan sejak sebelum berkahwin lagi. Namun dilema yang paling ketara akan bermula setelah anak-anak bertambah, perlu memikirkan kos pendidikan, pengurusn keluarga dan sumber pendapatan.

Dilema wanita

Anak satu dan dua pada saya tidak akan menjadi masalah. Ia akan bermula tuntutan mengimbangi keluarga dan kerjaya apabila umur sudah semakin meningkat dan anak-anak mula mengambil perhatian khusus. Jelas sekali perkara ini tidak boleh diambil mudah.

Juga sama ada meneruskan kerjaya untuk keperluan asakan ekonomi, atau mula kembali berada di rumah kerana ahli keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar memerlukan perhatian yang tidak sedikit.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Situasi kelam kabut dalam pengurusan akan bermula. Sejauh mana super mama boleh lakukan untuk mengimbangi ke semuanya sekali. Ya, benar ada wanita hebat luar sana boleh melakukannya. Namun setakat mana? Dan tidak semua wanita mampu bergelar super mana, sedikit sebanyak ia akam kembali kepada fitrah wanita agar kembali berada di rumah.

Apa pilihan?

Pilihannya adalah sandaran pendidikan, kemajuan IT kini perlu sebaiknya digunakan untuk meningkat sumber pendapatan keluarga. Dengan kata lain, masih mencari sumber pendapatan walau di mana sahaja anda berada.

Tahu batas-batas
Batasannya ialah, kita adalah muslimah yang sudah diberikan panduan yang boleh dan tidak boleh. Masih boleh memberi sumbangan dan pada masa yang sama tahu batasannya.

Apa batasannya

Apa berada diluar kita sudah tahu bahawa kita sudah berkahwin, tahu menjaga aurat dan tahu batas pergaulan sosial.

Apa sudah jadi keadaan sekarang
Berlumba-lumba menunjukka perhiasan diri, aku cantik, bergaya, berpendidika, gaji besar dan juga pangkat besar. Tidak salah semua ini, asalkan kembali kepada apa peranan asal wanita itu sendiri.

Apa peringatan?

Perempuan Mudah Masuk Syurga Tetapi Ramai Di Neraka


Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka

Saidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"


Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.


"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Ulasan:

Carilah jawapa terbaik dalam urusan hari ini, agar kita kekal dalam kebaikan untuk hari-hari mendatang.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin