Wednesday, October 20, 2010

Uniknya tarikh 20.10.2010. Alhamdulillah.


Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Alhamdulillah, tidak terhitung banyaknya nikmatnya yang saya terima setakat ini. Menginjak setahun lagi mendekati kematian. Usia kini sudah menginjak 31 tahun. Apa yang telah dan sudah saya lakukan pada dan sehingga saat ini.

Hanyalah bermohon, berat timbangan amalnya. Jika ajal menjemput sekarang, betapa banyak lagi perhitungan yang belum selesai.

Apapun tarikh untuk tahun ini sangat istimewa. Saya sudah melahirkan dua bayi sulung, buku sulung dan ebook sulung. Ia adalah harapan setahun yang sudah. Insya-Allah akan muncul lagi lebih banyak hasil karya agar dapat dimanfaat oleh sesiapa sahaja diluar sana.

Sudah tentu terima kasih buat en.kekanda tersayang, betapa banyak jasa, pengorbanan, sokongan moral, sokongan kewangan yang tidak berbelah bahagi. Tidak mampu dibalas, hanya mendoakan agar saya sentiasa menjadi isteri diredhai suami. Itu sahaja hadiah yang saya inginkan. Agar mudah melangkah masuk ke syurga idaman hati. Namun betapa busuk, buruk, baik, kelemahan diri mohon agar en.suami ampunkan setiap detik dan setiap hari.;D

Selamat datang 2011, walaupun tirai 2010 belum berlabuh. Akan saya gunakan setiap saat berbaki untuk menyelesaikan segala komitmen yang sudah dijanjikan.

Moganya saya lebih istiqamah dalam perjuangan, mahu melihat lebih ramai suri muslimah kembali berada di rumah. Hanya melalui sandaran bakat dan mengatur ayat, moga lebih ramai yang mendapat manfaat.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi bertandang, meninggalkan jejak, Salam ukhwah kepada yang baru menjengah. Saya izinkan mana-mana informasi di sini disiarkan di blog kalian, hanya kalian perlu meletakkan nama saya dan blog ini sebagai sumber petikan dan rujukan.

Terima kasih yang sudah membeli, membaca, mengkritik dan memberi sokongan terhadap penulisan dan karya saya. Terima kasih. Hanya Allah sahaja membalas jasa kalian. Ini adalah kesinambungan daripada catatan anak kampung, hanya mahu kekal jadi manusia biasa-biasa sahaja. Hanya mendokan timbang berat amal yang luar biasa.


Salam kasih sayang,

Selamat ulang tahun ke 31, buat diri sendiri. (20.10.79)

8 comments:

Unknown said...

selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke-31 mas! semoga dipanjangkan umur untuk terus berkarya demi kebaikan ummat.

Ummi Maryam said...

Salam,

Selamat Hari lahir yg ke 31. Semoga mendapat keberkatan dalam hidup. Semoga perjuangan Mas Ayu yg murni itu diredhai Allah. Besar ganjarannya insyaAllah.

Wan Anie said...

selamat hari lahir Mas.... unik tarikh tahun ni :-D

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

selamat hari lahir kak...moga dipanjangkn umur n dimurahkan rzeki...teruskan berkarya utk kebaikan bersama

Masayu Ahmad said...

salam kak chik

Terima kasih kak chik, saya mendoakan perkara yang sama untuk kak chik

terus menulis berkenaan aurat, semoga lebih ramai menutup dengan lebih berhemah ;D

Masayu Ahmad said...

salam UmmuFarhan

Terima kasih, terima kasih

semoga mendapat manfaat bersama

salam kasih sayang dari saya

Masayu Ahmad said...

salam Wan

Terima kasih wan, ya memang unik, tidak sabar untuk tahu jantina baby,

tunggu esok 21 hb, hehe, yang ini lebih surprise

Masayu Ahmad said...

LisaVsKhusairi

terima kasih lisa, kak mas mendoakan yang sama untuk lisa

salam kasih sayang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin