Thursday, October 21, 2010

Dilema anak-anak di nurseri, dengarlah rayuan mereka ibu-ibu sekalian..

Teks: Masayu Ahmad

Ok, ada satu catatan yang saya belum kongsikan iaitu pada 19 Oktober 2010. Hari tersebut saya perlu menyelesaikan urusan di luar rumah. Jadi macam biasa perlu transit anak-anak di rumah jiran atau di tadika. Ok, disebabkan minggu ini Cik Ha kesibukan kerana tempahan biskut coklatnya, pilihan ke dua adalah menghantar kanak-kanak riang ke nurseri.

Berpagi-pagi saya menyiapkan sarapan pagi bihun goreng, menu tengahari juga bekal minum petang. Saya tahu anak-anak saya makan banyak, jadi perlu sediakan. Sebelum itu pada waktu petang 18 Oktober saya ke nurseri tersebut bertanyakan boleh atau tidak menerima anak-anak saya. Saya lihat hanya dua orang penjaga sahaja dan seorang remaja. Maksudnya tiga orang sahaja, semuanya umur yang sudah mempunyai anak sekitar usia 30-an begitu.

Kakak itu ok, sangat berhemah namun dari pengamatan saya, kanak-kanak tersebut boleh dikatakan ramai lebih kurang 20 orang bayi dan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun. Saya lupa mahu bertanya berapa orang.

Jadi dia bersetujua menjaga anak-anak saya sehingga jam 4 petang. Esoknya seawal pagi saya sudah menghantar kanak-kanak riang. Sudah dimandikan dan berbau harum. Juga saya memberikan sarapan anak-anak agar mereka sudah kenyang.

Apa yang kurang menarik pada pemandangan saya ialah:


1. Sebelum menghantar anak-anak, sudilah ibu-ibu memandikan anak-anak kalian. Kerana apa, saya melihatkan pengasuh seolah tidak cukup kaki tangan untuk memandikan seorang demi seorang. Alangkah molek air tangan ibu terus menyiapkan anak-anak di awal pagi. Tidaklah berada dalam keadaan berpagi-pagi. Kita tidak tahu jam berapa ke semuanya akan mandi. Saya tetap bersangka baik, bahawa semua pengasuh menjalan tugas mereka. Tetapi lebih bahagia untuk si anak, apabila ibunya sendiri menguruskan dirinya memandikan dan menukar pakaian bersih sebelum keluar rumah dan diserahkan kepada orang lain untuk diuruskan. Kasihan anak-anak kita kerana terpaksa berebut dan mennggu gilaran untuk dibersihkan.

2. Pastikan anak-anak sudah kenyang sebelum dihantar. Sangatlah berhemah seorang ibu atau bapa menyuap atau menyediakan sarapan pagi. Setidaknya jika dalam kereta sediakan siap-siap roti dan air kotak jika kalian terlampau sibuk. Biarlah perut anak kita terisi sebelum sampai ke nurseri. Bayangkan mereka perlu menunggu giliran untuk dimandikan, kemudian barulah diberi makan. Bayankan berapa lama proses meunggu. Sebagaimana kita juga jika ke pejabat, mahu terus mencari sarapan. Sangat kasihan anak-anak ini apabila ibu bapa pentingkan diri sendiri, membiarkan anak-anak tidak bermandi dan kelaparan. Hanya tahu menyerahkan bulanan dan serah tubuh badan sahaja setiap pagi. Petang hari mengambil terus sahaja pulang ke rumah dan sibuk pula bersilat mengurus rumah tangga. Macam mana kalau anak-anak itu masih kelaparan.

3. Luahkan dan dengarkan keluhan anak-anak kita. Memang mereka tidak mampu bersuara, walaupun penat bekerja, cuba peluk sebelum hantar dan selepas sampai ke nurseri. Ya, sememangnya setiap orang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.

4. Ketika saya sampai jam 4.30 anak-anak saya sudah bersih dimandikan Ya mungkin kakak itu sudah bersedia dari awal. Saya juga menyediakan makanan yang  banyak agar kalau anak-anak lain mahu, saya sudah berpesan berikan sahaja kepada mereka.

Bersambung...

7 comments:

Hanz Jamaludin said...

Salam K.Mas, sangat2 setuju dengan saranan K.Mas ni...itulah juga yg hanz lakukan untuk anak2..alhamdulillah..
anak2 bujang hanz tak pernah tak ada bekal, sekurang-kurang sekotak susu segar dan sebuku roti dan kami memang mandikan mereka setiap pagi sejak dari bayi sampai sekarang sebelum hantar ke taska.

Itu pesanan dari ibu mertua, tunjukkan pada orang kita pembersih, mengambil berat tentang anak-anak kita jadi bila mereka pulang pun dalam keadaan bersih dah perut teralas...

Jadi kalau Hanz terjumpa kurang CD guna haritu sebab hari2 bekalkan 4 keping dan anggaran 3 cd digunakan, bila ada 2 cd tak guna, hanz akan bertanya kenapa..

Syahida said...

Mas, saya sangat setuju dengan no.1 dan no.2.seringkali terlepas pandang/dipandang remeh oleh ibubapa. kesian anak2

rynas said...

mas saya sangat setuju apa yang ditulis..sebelum keluar bekerja mmg saya akan memandikan anak-anak dan akan memastikan mereka diberi makan. Biasanya saya bawa bekalan atau pun saya akan bawa mereka minum di kedai terlebih dulu..sebabnya saya sangat sibuk dan tak cukup masa menyediakan sarapan untuk anak

Masayu Ahmad said...

salam Hanz

Ya, betul sangat tindakan dan nasihat ibu mertua,

tetapi ramai sangat yang ambil mudah perkara ini

anak-anak akan dilayan baik jika kita sendiri yang prihatin akan kebajikan anak sendiri

Masayu Ahmad said...

salam syahida

betul lah syahida, selalu saya memerhati kalau berada di nurseri atau taska

ramai yang ambil mudah, padahal itukan anak sendiri

Masayu Ahmad said...

rynas

salam perkenalan dari saya

ya kan, banyak pilihan kalau mahu lakukan untuk anak-anak, walau tak sempat memasak masih ada jalan dan cara, hendak seribu daya ;D

NORMILA MUHAMAD said...

kak. mas, anak2 saya pula yg meminta saya siapkan mereka sebelum ke nursery. mereka lebih selesa dengan saya. sya pon tak tergamak hantar diaorg kalau tak mandi2 dan wangi. bekalan mmg saya siapkan walaupun hanya sekeping biskut

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin