Teks;Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam pagi Selasa bersamaan 5 Oktober 2010. Apa khabar suri sekalian, sudah selesai berssarapan, sudah beres urusan rumah tangga, bagaimana pula dengan urusan anak-anak? Alhamdulillah urusan saya juga berjalan lancar sebagaimana biasa. Juga diharapkan kesihatan kekal konsisten dan juga tidak ada apa-apa halangan yang besar untuk menghadapi satu hari lagi yang penuh aktiviti.
Saya ingin berkongsi kata-kata motivasi yang dipetik dari buku tulisan Irfan Khairi, Nota Jutawan Nota Motivasi.
Fokus kepada kerja yang ingin anda lakukan atau matlamat yang ingin dicapai,
Seseorang terlalu banyak idea, terlalu banyak matlamat sehinggakan keliru yang mana satu mahu dilakukan dan dicapai terlebih dahulu. Banyak masa dihabiskan begitu sahaja melakukan banyak perkara serentak. Tetapi satu idea dan matlamat pun tidak berjaya.
Kata Confucius:
" A man who chases two rabbits catches none."
Kalau kejar dua arnab, jangan satu pun tidak dapat.
3 comments:
mas, saya setuju sangat dengan kata-kata confucius tu... tapi dalam keadaan saya, terpaksa juga kejar dua arnab. nak tinggalkan seekor arnab lagi macam tak boleh la..huhu.sudahnya, lambat sungguh saya mengejar dan masih belum dapat-dapat ;-)
salam syahida
ya, setiap pandangan kadangkala betul, kadangkala tidak sama situasi dengan setiap orang
jika mampu kejar dua arnab sekaligus, tidak ada salah kapasiti dan kemampun bergantung pada hak individu ;D
kalau rasa boleh, teruskan sahaja
setuju...
hatta dlm menyelesaikan kerja rumah pun harus buat satu2... xleh nak perasan leh buat semua serentak.... ;)
Post a Comment