Friday, October 15, 2010

Malam minggu di Kampung Baru

Teks: Masayu Ahmad


Assalamualaikum w.b.t

Salam kasih sayang, alhamdulillah untuk kurnia rezeki dan kesihatan. Walaupun keadaan saya turun naik sekarang, apa-apa pun segala amanah dan komitmen diterusnkan juga. Sebetulnya dalam bulan ini saya dan anak-anak boleh ke Pulau Pinang, mengikuti suami. Memandangkan sudah badan pun rasa tak larat, jadi abaikan sahaja percuitian berpakej kerja.

Alasan kukuh pertama banyak kerja saya belum siap lagi. Kalau saya ke sana dan berpoya-poya, alamak pengsanlah. Ke dua badan pun kurang mengizinkan. Mudah sangat cepat penat, kalau jemur kain, jemur separuh berehat sebentar dan sambung lagi. Kalau duduk tekun mengadap pc, lama-lama, mula lah sakit belakang. Saya selalu terlupa saya tidak boleh tekun lama-lama, sekurang-kurangnya 15 minit perlu bangun untuk buat gerakan sikit dan lancarkan aliran darah mana-mana bahagian anggota. Alasan ke tiga, oh saya sudah tidak larat kemas baju masuk beg, basuh bertimbun-timbu dan kemas masuk beg lagi. Biarlan kekanda seorang sahaja.


Semalam saya menjemputnya pulang bersama anak-anak. Alang kepalang sudah keluar rumah terus melencong ke Kampung Baru. Saya mahu cari pulut mangga. Pulut mangga tidak ada, yang ada pulut lain. Hanya pekena teh tarik sahaja dan pulut yang dalamnya ada pisang dan diluarnya ditabur kelapa. Sangat sedap, itu menu ke dua pilihan saya selepas pulut mangga jika ke kampung baru.

Wallah, lama juga rupanya saya bertapa dalam rumah. Jika keluar hanya urusan penting sahaja,  ke pejabat pos, atau membeli sarapan, ke klinik. Itu sahaja setakat ini. Dua minggu saya suda batalkan pertemuan dengan Kak Siti akak Editor Oasis, kerana mahu datang mengambil buku. Saya terima hakikat saya tidak sihat, nantikan kalau dalam kenderaan tak pasal-pasal. Saya juga yang susah. Itulah sebabnya asyik menunda-nunda sahaja pengumuman peraduan. Buku dalam stok saya juga sudah kehabisan, jadinya saya menutup dahulu tempahan buat sementara waktu. Terima kasih kepada pembeli, memang ramai yang lebih kepada pembaca senyap sahaja di sini (silent reader), harapnya jangan diam selalu ya, menyampuk lah kalau perlu. Kadang-kadang saya suka kalian meninggalkan komen, boleh kita bersilaturrahim. Walaupun saya kadang-kadang tidak sempat membalas komen kalian. Tetapi meninggalkan jejak di sini, membuatkan saya rasa blog ini dapat diterima kalian semua.

Masih berbaki 10 minggu ini, saya berkejaran dengan masa. Harapnya dapat selesai dengan jayanya. Kalau agak-agak ada sedikit berbaki, rasanya dalam pantang saya boleh dan masih boleh usahakan untuk selesai. Kalau tak selesai bertambah parah lah jadual kerja untuk 2011.


Salam kasih sayang.

http://www.janawangdirumah.com/

2 comments:

Unknown said...

Mas,
mengidam pulut mangga yer... Insya allah, nanti bertemu lah tu..

Masayu Ahmad said...

salam Kak Yong

alhamdulillah hari ni dah dapat merasa pulut mangga tu ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin