Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Hari ini bersamaan 7 Oktober 2010, maksudnya selangkah lagi menikmati hari sibuk. Sibuk? Sibuk yang terurus. Kebetulan dalam bulan ini saya banyak membaca buku pengurusna masa dan analisa pengagihan masa terbaik untuk ibu-ibu supersibuk.
Secara tidak langsung mempengaruhi juga rutin harian saya. Hari ini belum pun jam 8 pagi sudah selesai segala.
Saya ingin memetik paragraf berikut, muka surat 133, buku Jana RM Dari Rumah
Mempunyai jadual kerja yang fleksibel, tetapi kadangkala anda seolah-olah tidak mampu mendisplinkan diri menyiapkan kerja tepat masanya.
Setelah menetapkan jam kerja, anda sudah merancang untuk menyelesaikannya, tetapi kekangan awal anak-anak kecil mula mengambil kesempatan meminta perhatian.
Contohnya awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja, tetapi gangguan anak kecil kadangkala membuatkan anda terpaksa membatalkan dahulu untuk menelefon prospek pelanggan.
Suara si kecil boleh mengurangkan kredibiliti sebagai seorang usahawan profesional. Contohnya berurusan dengan pelanggan melalui telefon, namun suasana masih belum dalam keadaan terkawal, kedengaran suara si kecil menangis dan anak-anak meminta perhatian. Sudah tentu ini memberi gambaran yang kurang baik pada pendengaran bakal pelanggan dan majikan.
Analisa;
1. Siapakan segala kerja rumah tangga sebelum anak-anak kecil bangun dari tidur.
2. Setkan temujanji untuk menelefon pelanggan atau majikan ketika anak-anak tidur atau ketika mereka sedang asyik dengan aktiviti.
3. Tentukan masa dari awal untuk menelefon dan menerima panggilan.
4. Letak jauh telefon untuk kegunaan kerja atau bisnes dari gangguan anak-anak kecil.
Tempah dan beli buku Jana RM Dari Rumah:
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
http://www.janawangdirumah.com/
6 comments:
Saya paling risau dalam kesibukan tu, saya telah membelakangkan sesuatu yang biasanya berada di luar jadual huhuhu....
K.Mas..me akan telek & belek your blog ni sometime nanti bila dah nak dekat2 ujung tahun coz next year, insyaAllah, me flexi-hour! :)
Next step before betul2 jadi WAHM...amiinnn...
mas,
kakyong selalunya akan berurusan melalui email.. sbbnya anak2 ni bila dengar jer telefon berbunyi.. mula lah depa nak tarik sekali, time tu la otomatik mcm2 aksi timbul... susah nak buat kerja bilik asing.. sbb anak2 harus selalu depan mata.. kalo tak nanti macam2 projek depa buat...
bila yg kecik tidur ptg, then mucj easir nak buat kerja depan lappy.. tp yg 2org lagi tu.. memang non-stop berxtvt..
kerja rumah plak not a problem, sbb pg2 dah settle & setiap mlm urusan lipat kain diselesaikan..
sitisifir
kadangkala saya pun tukar juga jadual jika keadaan memerlukan, namnya dah fleksibel
salam Hanz
semoga menjadi kenyataan untuk langkah bertukar status
beleklah selagi boleh dan selagi mendapat manfaat ;D
kak yong
itulah cabarannya kan
tambah pula dengan anak-anak tengah lasak, situasi dan cabaran tu lah membuatkan kita perlu bersedia dengan keadaan di rumah
kalau dah kuasai semua tu, sudah tidak ada masalah, alah biasa tegal biasa, kan ;D
Post a Comment