Sunday, October 3, 2010

Salam ceria hari Isnin

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Salam ceria pagi Isnin, alhamdulillah pagi yang mengujakan dan menenangkan. Tepat jam 9 pagi selesai sudah urusan rumah tangga. Hati terasa lapang untuk meneruskan pengembaraan di alam ilmu. Bermula bait-bait ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan. Kesyukuran atas nikmat kelapangan ini dan juga limpahan kurnia yang tidak putus-putus.

Momentum sudah bermula

Momentum saya sudah kembali, rasa sangat teruja untuk menyudahkan kerja-kerja saya yang berbaki lagi bulan Oktober, November dan Disember. Bagaimana pula kalian.

Pagi ini memulakan dengan kopi radix, saya bangkit semula dengan semangat dan tenaga dan luar biasa. Mahu siapkan segera, siapkan segera, siapkan segera!

Mari saya kongsikan tip motivasi untuk bangkitkan semangat kalian juga ;D

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 124 dan 125.

Urusan rumah tangga

Urusan rumah tangga adalah urusan melibatkan pengurusan yang perlu diselesaikan. Contohnya memasak, mengemas, menguruskan pakaian, membersihkan halaman, mencuci bilik air dan segala-galanya yang berkaitan dengan urusan rumah tangga.

Anda boleh mengagihkan kerja rumah tangga yang perlu dilakukan setiap hari atau menetapkan hari-hari tertentu.
Anda boleh meminta bantuan pasangan untuk melakukan tugas-tugas tertentu untuk meringankan beban.

Jadual memasak- Koleksi resipi sarapan, tengah hari, minum petang dan malam.

Jadual mengurus pakaian- Mengurus mencuci, menjemur, melipat

Tempah dan beli buku Jana RM Dari Rumah:
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin