Teks: Masayu Ahmad
Pic; Google
Assalamualaikum w.b.t. Salam kasih sayang buat suri sekelian. Apa ya menu pagi kalian hari ini. Bagi suri rumah dan suri bekerja dari rumah sudah tentu sudah siap menyediakan sarapan, hantar anak sekolah dan mengemas rumah. Ibu-ibu yang bekerja di luar rumah sudah tentu sudah sampai ke pejabat, menikmati cuti dua hari yang dirasakan cukup pantas.
Dua hari, Sabtu dan Ahad saya fokus melayan Arif yang selsema dan muntah-muntah. Ini penangan Arif berjangkit semasa Arif berada di nurseri tempoh hari. Alhamdulillah hari ini sudah kembali pulih dan makan seperti biasa. Dua hari badannya lemah, sudah kekeringan air. Petang semalam ke klinik apabila saya memberikannya antibiotik dan ubat penahan muntah, keadaan masih berlarutan. Mahu atau tidak bawa juga ke wad kecemasan, kerana keadaan badan anakanda sudah semakin lemah, muntah bertersan tanpa henti. Muntah pun sudah tidak ada apa-apa.
Selepas badannya dimasukkan air, saya rasa lebih kurang 5 liter, ada dua pek air kecil. Alhamdulillah Arif bangun dan mintak roti dan air. Dalam perjalanan beli sebji burger. Dimakannya habis separuh. Malam tadi Arif bertemankan botol air mineral, diminumnya apabila haus. Alhamdulillah sudah semakin pulih. Bangun pagi, minta kari dan roti. Sudah habis dimakannya. Lega hati, rasanya jika dia demam dan cirit birit ada kemungkinan besar ditahan wad. Nasib baik hanya muntah-muntah sahaja. Itu pun muntah air.
Pagi ini membuatkan saya bertenaga menyambung kerja dan urus rumah tangga. Sabtu dan Ahad saya berehat, en.kekanda yang baik hati menguruskan seluruh urusan rumah tangga. Semua beres. Saya juga bercuti semala, hanya memasak ikan singgang sahaja ;D.
Hari ini kembali tenang seperti biasa, membelikan sarapan, jemur pakaian dan akan kembali maraton menyiapkan kerja.
Dalam dua hari ini, saya dua kali khatam buku Dr. Tuah, laluan ke dua ke puncak. Kebetulan puan editor memberikan satu buku itu untuk saya. Untuk pemenang sabar menanti ya. Semua buku sudah ada di tangan, saya akan hantar secara berperingkat.
Lalui segala rutin hidup dengan tenang, jangan risau ia akan kembali pulih seperti biasa. Jom kita mulakan hari ini dengan perjalanan kerja yang lebih cemerlang berbanding semalam.
Buat Syahida- http://warkahdarimama.blogspot.com/, selamat ulang tahun kelahiran ke 33, semoga segala impian menjadi kenyataan.
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment