Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam keceriaan dan ketenangan. Alhamdulillah hari ini sudah pun 2 Oktober 2010, hari minggu pertama untuk bulan Oktober. Sudah melangkah ke suku ke empat untuk 2010. Harapnya momentum kalian juga bertambah laju sebagaimana saya.
Moga hari ini saya dapat menikmati hari dengan jadual penuh saya dengan minda kekal fokus mahu menyiapkan kerja. Semalam mendapat tidur yang lena dan hari ini bangun dengan semangat, saya perlu menyipakan kerja sebagaimana yang telah saya jadualkan. Harapnya begitulah.
Sekarang jam 8.17 pagi, masih belum menyiapkan apa-apa sarapan. Rasanya mee goreng sahaja. Minda pun rasa tenang, kerana semalam Jumaat saya cuba mengekalkan hari tersebut sebagai hari menyudahkan urusan pakaian dan juga dapur sudah berada dalam keadaan bersih. Jadi bangun pagi hujung minggu membuatkan minda terasa lapang. Terus sahaja bangun, segera menyambung lagi penulisan. Alhamdulilah cara ini sangat berkesan.
Tiga tip motivasi pagi minggu
Lakukan perkara penting di awal pagi
Sangat penting kerana tenaga kita masih produktif dan minda juga masih berada dalam keadaan tenang. Beberapa jam awal pagi menyelesaikan perkara yang sukar membantu kita memudahkan lagi urusan lain untuk hari ini.
Kekal bersemangat setiap hari
Jadikan hari sebagai permulaan yang lebih baik berbanding semalam. Jika semalam sedikit kelam kabut, biarlah hari ini kita lebih bertenang.
Mahukan yang terbaik
Walaupun sukar mencapai kesempurnaan, tetapi kekal konsisten dan berdikit-dikit untuk berubah adalah lebih baik daripada langsung tidak ada perubahan.
1 comment:
mas,
memang betul.. kakyong juga sebolehnya selesaikan urusan kerja2 r/tangga seawal pagi.. kemudian baru la lapang hati & jiwa utk meneruskan kerja lain..
teringat masa duduk asrama dulu.. jika hari sabtu kami akan ramai2 mbasuh pakaian beramai2 seawal pagi.. kemudian gotong-royong mbersih dorm.. jam 10 pagi hingga ke petang sudah boleh rehat2 sambil baca gila2/ujang/apa jua novel...
setiap kali rasa malas dtg, mesti teringat saat2 itu... harus mulakan seawal pagi...
selamat menyiapkan kerja mas..
Post a Comment