Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Salam kasih sayang, sudahkah kalian urus dengan sukses segala kerja rumah untuk hari ini. Kanak-kanak riang belum bangun. Jadi ini adalah masa produktif bagi saya iaitu awal pagi untuk memulakan tugas. Tugas sebenar sebagai suri rumah, tugas sampingan sebagai penulis sepenuh masa. Bunyinya macam seronok. Ya, memang seronok kerana ini adalah pilihan saya. Kenapa pula tidak seronok kan?
Saya wanita bekerjaya
Jika kalian masih kekal sebagai wanita bekerja di luar rumah. Kekalkan ia, mungkin kerana tidak ada pilihan. Mengapa mahu bersedih, seronoklah dengan status kalian. Kerana apa. Kerana menyumbang dan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Cari keseronokan tersendiri. Sisihkan perasaan mahu berada di rumah, tetapi tiada pilihan. Jika tiada pilihan pada masa sekarang, teruskan sahaja dahulu. Mula la merancang-rancang dari sekarang apa yang akan berlaku lima tahun dan 10 tahun akan datang.
Saya suri rumah, tiada pendapatan!
Nikmati dan hargai, kerana tidak ramai yang mampu kekal sebagai suri rumah. Jadilah suri rumah yng efektif. Gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk urus rumah tangga, anak-anak, jika ada peluang jana pendapatan sampingan, usahakan, fokus sehingga dapat mencapai apa yang dinginkan. Pendapatan lumayan tidak akan datang bergolek melainkan usaha, usaha, usaha. Perhalusi dan cari apa minat dan bidang anda.
Ini diari harian saya, rutin setip hari.
Membaca.
Adalah perkara wajib jika ingin menjadi penulis. Membaca beribu-ribu perkataan setiap hari adalah perlu agar banyak maklumat dapat kita serap dan hadam. Perlu membaca sebanyak yang mungkin. Perlu cintakan ilmu. Jika kalian mahu jadi penulis, tetapi tidak suka membaca, ucapkan selamat tinggal kepada bidang penulisan. Pilih bidang yang sesuai dengan minat dan kepakaran.
Kelengkapan. Komputer.
Ini juga wajib. Jika saya punya, tiada siapa yang boleh menganggu, kecuali si kecil Aiman. Jika dia datang terpaksa beralah sekejap. Pc kadangkala 24 jam perlu beroperasi, sedia bila-bila masa apabila idea datang atau waktu saya rasa mahu menulis. Tidak ada sempadan. Jika pcp khusus untuk saya, tiada orang lain boleh menganggu, kerana ia ibarat nyawa. Telefon hilang saya tidak kisah, tetapi jika komputer rosak, alamak tidak keruan namanya.
Catatan
Mencatat adalah salah satu kemahiran yang perlu ada. Apabila buntu di depan komputer saya akan limpahkan segala idea dalam bentuk catatan. Ini sudah diasa selama lapan tahu yang lalu. Kini, saya perlu terus mengasah kemahiran ini. Ia perlu, agar semakin lama semakin tajam. Ibarat pedang tumpul, jika setiap hari diasah, lama-lama akan tajam. Pun begitu saya perlu berlatih dan berlatih agar pedang saya perlu tajam, selari dengan usia kematangan yang kian meningkat.
Sekian dahulu, catatan penulis.
Jika mahu bekerja dari rumah boleh baca dan hadam buku Jana RM Dari Rumah. Boleh tempah di sini ya.
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/
No comments:
Post a Comment