Sunday, October 24, 2010

Dari online ke offline, promosi, promos, promosi...

Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://tintacomellote.blogspot.com/


                                                    http://www.comellote.com/v1/
 (Jemput semua ke kedai online wan anie, yang banyak pilihan produk menarik untuk kanak-kanak)
Ok, untuk blog pilihan kali ini saya memilih blog wan lagi. Bukan berkongsi pilihan produk, tetapi apa jenis promosi dan jenis bisnes yang dijalankan. Wan Anie, menjalankan produk jualan pakaian kanak-kanak secara online tetapi sudah mula bergerak mempromosi secara offline


Apa beza offiline dan online.

Bisnes offline atau dikenali juga bisnes konvensional. Iaitu dulu-dulu tidak ada kemudahan promosi internet seperti kini. Hanya promosi secara statik di kedai atau, diiklankan melalui media atau kaedah promosi tradisional yang lain seperti mulut ke mulut, brosur dan sebagainya.

Kelebihan kedai online

Kedai online boleh menggunakan semaksima mungkin bisnes sama ada pemasaran dan promosi secara online dan offline.

Kesemua stok barangan di rumah, kaedah jualan dan promosi secara online berlangsung seperti biasa. Tetapi menyertai tapak promosi (booth) adalah satu acara yang membantu peniaga untuk mengenali lebih dekat dengan bakal pelanggan baru dan berkemungkinan akan menjadi pelanggan tetap.

Promosi bergerak ini juga membolehkan kita mengenali pelbagai ragam pelanggan secara bersemuka. Jadi ada dua jenis pelangga, satu pelanggan yang suka membeli secara online dan yang sudah membeli secara offline. Juga pelanggan suka membeli secara online dan offline.

Manfaat yang lain, kemungkinan pelanggan yang teragak-agak membeli secara online, kemungkinan besar sudah yakin dengan produk yang dijual dan akan mencuba membeli dengan pekedai pilihan. Hanya perlu menejejaki melalui internet sahaja.

Pelbagai jenis promosi bergerak (booth)

Kiosk- Terdapat di pasaraya besar atau tempat-tempat jualan tertentu. Plihan kiosk sama ada boleh disewa hanya beberapa bulan, atau sepanjang tahun. Kalian perlu mengenal pasti sasaran pelanggan dan lokasi strategik agar ia ada kaitan dengan produk yang dijual.

Pameran bergerak lokasi (booth)- Ia boleh sahaja di tempat-tempat atau lokasi tertentu, contohnya atas adalah di hospital, boleh juga di kilang-kilang, di sekolah, di pusat aktiviti seminar dan kursus. Juga untuk program yang khas tertentu.

Pameran bermusim- Biasanya di bulan puasa dan sebelum menjelang perayaan besar. Lokasi panas yang selalunya mendapat tempat ialah PKNS Shah Alam, Jalan Tar dan pasaraya besar yang mempunyai tumpuan utama.

4 comments:

Ummi Hanie said...

Salam kak Mas ,

semoga sentiasa bermotivasi ! saya juga ingin begitu tp entah kenapa asyik diserang kelesuan ..:(

dan entah knapa pagi ini hati saya tergerak utk hadiahkan 'sesuatu' utk kak Mas . sila lohat di sini ;

http://diariniaga.com

boleh komen apa saja . jika xberkenan tak mengapa tapi boleh beritahu apa kekurangan yg boleh sy perbaiki . sy sdg dlm proses 'menduga skill' berphotoshop ;)

Masayu Ahmad said...

ummi hanie

salam, oh terima kasih atas hadiah itu, kak mas suka

teruskan mengasah skill ya,

nanti kak mas masukkan di sini

terima kasih banyak, sangat menghargainya

Unknown said...

hanie,
kakyong dah tgk header tu.. cantik.. suka dgn pilihan warna

& tahniah utk wan anie..

Ummi Hanie said...

sama2 kak mas..kalau kak mas perlukn bantuan utk 'install' header tu,contact je saya ye..

kakyong , saja2 nak asah skill yg x seberapa tu...terima kasih :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin