Wednesday, October 27, 2010

Suri rumah adalah hebat, mengapa ramai yang tidak suka!

Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah ramai yang memberi pelbagai persepsi. Ini antaranya.

1. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya boleh jadi gila.
-Habis tu kenapa kahwin, adakah kerana orang lain kahwin kita pun kahwin. Berapa ramai yang sudah menjadi suri rumah sakit mental? Apa yang saya lihat mereka mempunyai dunia sendiri dengan anak-anak. Bangun pagi ibu ada, balik sekolah ibu ada, mahu makan ibu masakkan. Kasihan bagi yang menilai suri rumah macam tidak ada apa-apa. Ingat tak lagi pada air tangan ibu kita, sampai sekarang masih lagi kita teringa-ingat akan masakan ibu. Termasuklah saya. Mereka adalah suri rumah, wanita tradisional yang dulu tinggal di kampung dan kebanyakan dari kita sudah berjaya sekarang. Terima kasih kepada status suri rumah.

2. Saya tidak boleh urus anak-anak, sebab nanti saya akan makin serabut. Lebih baik saya kerja.
Oh, sungguh kasihan yang mempunyai ibu-ibu yang memberi pandangan sebegini. Kahwin mahu, mengandung sembilan bulan, sanggup. Bersalin dengan penuh sukar, sanggup. Tetapi mahu urus anak-anak sendiri tak sanggup. Kasihan anak-anak. Terpaksa diswastakan kepada bibik, pengasuh, atau berkongsi kasih dengan penjaga di taska yang menjaga 10 orang anak-anak lain juga. Kasihanilah mereka.

3. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya tak ada pendapatan, tak boleh beli belah, tak boleh nak ke sana ke sini. Dunia saya macam cacing kepanasan.
Semua ini boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Cari peluang itu.

4. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti minda saya tidak terbuka.
Janganlah melayan movie sahaja, laman face book sahaja. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dengan menghadiri kelas ilmu, seminar dan baca buku-buku bermanfaat.

5. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya dipandang rendah oleh ipai duai, jiran tetangga, adik beradik. Setiap kali balik mesti mahu tayang kereta, baju baru, beg baru, barang kemas baru, gajet-gajet baru i-phone versi ke 10 ;D

Kalau kita meletakkan kehidupan sebagai perbandingan dengan kemewahan dan meterial atau kepuasan kaca mata orang lain. Oh, memang penatlah mahu melayan. Islam adalah sederhana, sederhana segala segi, carilah ia. Maka kalian akan temui jawapan sebenar.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

7 comments:

Normi Hj Mat Yusof said...

assaalamua'laikum...
sokong kak mas, 200% sokong.
saya ni pun, dalam berkira-kira nak berhenti kerja ada dah suara2 mengatakan rugi dgn apa yg saya belajar selama ni...
jika tak bekerja.

susah sungguh untuk memahamkan manusia.

Unknown said...

salam mas. kakchik sangat bercita-cita untuk menjadi surirumah tapi dalam keadaan ekonomi rumahtangga yang tidak stabil ni, terpaksalah juga kakchik bekerja. kalau ikut hati, nak dok rumah uruskan keluarga dan buat bisnes dari rumah saja. insyaallah satu hari nanti.

p/s: alasan2 tu byk tak boleh pakai

Ummi Hanie said...

salam kak mas,

sy pun sokong lebih dr 100% ! trimekasih krn membela status surirumah ... teruskn ye ... :)

Ummi Maryam said...

Salam,

Kak Mas, saya sangat gembira dgn kehidupan saya sbgi SAHM. Saya bercita2 utk mnjadi WAHM pula. Namun begitu, ibu saya mengharapkn sangt saya bekerja, ini yg mmbuATKN saya sedih. Hopefully, ibu saya dapat menerima keputusan saya suatu hr nnt.

ct said...

Salam Kak Mas...I really love this articles,menaikkan martabat para suri.....di rumah....Zaman sekarang bukan mencari bakal menantu lelaki bekerjaya tapi menantu perempuan pun begitu.....Mungkin ramai yang pelik seorang perempuan yang ada pendidikan bercita-cita nak jadi surirumah....
Sebenarnya ada bahagia jadi surirumah....kalau nak tahu....kena rasa sendiri...;)

Azurah Anuar said...

well said ayu.

:)

Unknown said...

senyum lebar membaca n3 ini...

saya suka jadi surirumah, sebab dah tak larat nak pecah kepala pikir masalah syarikat... ;) sampai anak2 saya sendiri tak terjaga sbb asyik balik lewat....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin