Friday, October 1, 2010

Hajah Faiza, juga bermula dari rumah-telusuri kisah sukses beliau

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam kasih sayang buat suri sekalian. Apa menu petang kalian hari ini. Di dapur saya masih lagi ada satu tongkol ubi kayu, santan, gula melaka dan daun pandan. Jika rajin, mahu masakkan pengat ubi kayu buat juadah berbuka puasa en.suami.

Alhamdulillah untuk ketenangan dan kenikmatan hari ini. Sudah pun menjengan bulan Oktober, sungguh cepat masa bergerak. Kadangkala sesak nafas dibuatnya. Persiapan perlu dibuat berdikit-dikit, juga menyiapkan manuskrip dengan jayanya.

Ok, saya mahu kongsikan sedikit kisah sukses Puan Hajah Faiza Bawumi, Pemilik dan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

Sumber: 50 kisah usahawan wanita, tulisan Pn. Norlela Zubir.
Muka surat 58.

Beliau berasal dari Mesir. Bapanya menghafal al-quran yang membuka sebuah restoran berhampiran Rumah Johor di Kaherah pada tahun 60-an dahulu. Restoran bapanya menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang menuntut di Kaherah pada masa tersebut. Sebagai anak sulung daripada tujuh orang adik beadik beliau sering membantu bapanya sebagai juruwang apabila ayahnya menunaikan solat atau memenuhi keperluan lain.

 Beliau telah berkahwin dengan pelajar Malaysia dan kemudiannya mengikut suami kembali ke Malaysia pada tahun 1964. Hajah Faiza memulakan bisnes awal dengan membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak di kejiranannya. Juga menghasilkan safra dan set sarun bantal dan cadar bersulam. Kemudian berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk secara parti.

Melalui bisnes kecilan ini beliau menabung wang sedikit demi sedikit bagi dijadikan modal bisnes seterusnya.
Ketika di Mersing, beliau berminat menghasilkan rempah kari yang ketika itu diusahakan oleh peniaga-peniaga India.

Beliay membeli pelbagai jenis rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, buah pelaga, cili kering, cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.

Kemudian belajar membancuh ramuah itu bagi menghasilkan rempah kari ikan dan kari daging. Beliau memberikan rempah yang dihasilkan kepada kawan-kawan untuk dirasa dan mendapatkan maklum balas.

Selepas diubahsuai dan terbukti sedap, beliau mengusahakan pengeluaran rempah kari itu. Semuanya dilakukan sendiri segala proses bermula mencuci, menjemut, menggoreng. Kemudian menghantar ke kedai untuk dikisar.

Selain kari ikan dan daging, keluaran Hajah Faiza termasuk rempah kurma, briyani, bukhari dan sup. Semuanya menjadi popular di pasar dan kedai-kedai runcit termasuk di felda-felda.

Beliau memanfaatkan ruang tingkat bawah rumah kerajaan yang didiami keluarganya sebagai sebuah kedai menjual barangan keperluan. Pengeluaran rempah kari beliau masih diteruskan dan penjagaan kualiti serta kebersihan tetap diutamakan.

Sambil duduk menunggu di kedai, beliau tidak membuang masa, sebaliknya memeket pelbagai jenis makanan ringan untuk dijual dikedai runcitnya.

Pencapaian kini

Kini beliau mendapat hak ekslusfif menjadi pemborong beras ponni dan memasakannya dengan jenama Taj mahal. Kilang beliau beroperasi di atas tapak selua 40,000 kaki persegi.

Analisis

1. Beliau memulakan hanya secara kecil-kecilan bermula dari rumah sebagai permulaan operasi bisnes.
2. Memulakan dengan kepakaran yang ada dan memasarkannya kepada jiran dan kawan-kawan terdekat.
3. Meneroka pelbagai pengalaman dengan menjual pelbagai jenis bisnes skala kecil.
4. Terus berusaha dan konsisten.
5. Sehingga pada satu tahap mempunyai fokus produk dan mula menambah produk sampingan.
6. Multi-tasking, banyak melakukan beberapa tugas serentak. Tidak pernah jemu berusaha.
7. Beliau juga asalnya suri rumah dan kini adalah usahawan sukses yang begitu disegani.

1 comment:

Unknown said...

oowhh, baru tahu, rupanya beliau ni memang asli org Arab.. kakyong ingatkan dia kacukan Arab...
Gigih sungguh beliau.. Insya ALlah, cuba nak pinjam sedikit kegigihan dan semangat beliau.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin