Wednesday, July 1, 2009

Lega!



Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://www.famoushostels.com

Lega rasanya, selesai sudah satu tugasan. Malam ini kena berjaga lagi untuk tugasan seterusnya. Alahai mahu pekena kopi radix dulu secawan. Perlu lipat kain yang menunggu setinggi gunung, gara-gara agak padat juga jadual minggu ini.

Kalau ada dijual mesin lipat kain, sayalah orang pertama yang akan beli. Bab masak, basuh kain, mop lantai amatlah rajin. Sampai sahaja bab melipat, inilah kelemahan saya yang perlu segera dirawat. Buat dahulu perkara yang tidak disukai sebelum melakukan perkara lain. Itu sahajalah penawarnya.

Mahu masak apa ye malam ini. Semalam makan di luar, kononnya mahu melepaskan lelah barang seketika. Menu semalam, tomyam campur, udang tepung, telur dadar untuk kanak-kanak riang dan sayur campur.

Nasib baik semua beri kerjasama, maka sesi makan berlalu dengan aman dan tenteram. Aiman duduk sahaja diam-diam atas kerusi, hingga habis sesi makan barulah semua aktif. Amaran awal supaya kami cepat beredar sebelum kanak-kanak riang ini aktif ke sana ke sini, buat itu dan buat ini. Terima kasih buat encik suami, lain kali kami mahu lagi, he,he.

2 comments:

kakchik said...

assalamualaikum masayu.

tengok gambar pun dah rasa lega, hehe.

bila tugasan berjaya disiapkan memang terasa amat lega.

tapi bab lipat kain tu... kita samalah. kakchik pun masih ada sebakul tu. semalam dah lipat 2 bakul sambil menggosok. sampai naik keras lutut berdiri kemain lama.

apa pun kita buat untuk famili kan? insya-Allah jika ikhlas, ada ganjarannya.

masak makaroni sup la sedap.

Masayu Ahmad said...

Wasalam Kak Chik,

Itulah dia, apapun kena tekun n sabar jugok dalam bab urus rumahtangga ni.

Tak pernah lahi rasa makaroni sup.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin