Thursday, July 16, 2009
Stesen kerja baru
Teks: Masayu Ahmad
Saya perlukan perubahan, memandangkan agak bosan dengan stesen kerja lama. Setakat ini sudah tiga kali mengubah kedudukan. Kali ini berpindah untuk kali ke tiga.
Rasanya saya sukakan bilik kerja yang baru ini.
Kali pertama kedudukan meja kerja di bilik bawah, bersama dengan ruang kanak-kanak ini bermain. Disebabkan daya tumpu mula berubah. Saya mengalihkan meja ke bilik utama di tingkat atas. Seronok juga kedudukannya bersebelahan jendela yang menghala ke pemandangan kawasan bukit. Jika waktu pagi sangat nyaman, tetapi menjelang tengahari sudah rasa kepanasan dek mentari yang mula meninggi.
Saya mengubah di ruangan keluarga juga di tingkat atas. Lebih lapang dan luas, juga di belakangnya di letakkan meja belajar kanak-kanak riang.
Hari ini saya mengubah lagi, rasanya mahu lebih privasi, memandangkan saya perlukan suasana senyap sunyi jika bekerja. Kali ini di tepi tingkat kaca. Sungguh nyaman sekali, angin sepoi-sepoi berhasa dengan saya. Bunyi kicau burung kedengaran berselang seli seolah-oleh menyapa saya. Saya sukakan bilik kerja yang baru ini.
Di sebelahnya kedudukan treadmill yang menjeling tajam, kerana sudah beberapa minggu saya sudah tidak berlari. Agaknya sudah perlu memulakan semula aktiviti berlari-lari di dalam rumah.
Juga ada sebuah sauna kegunaan seisi keluarga. Juga memandang tajam ke arah saya. Saya perlu meneruskan sesi membuang lemak yang masih menempel di badan.
Lengkap sudah bilik kerja yang saya rasakan satu suntikan baru agar segera menyiapkan tugasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment