Thursday, July 30, 2009

Kuih beke a.k.a kuih bakar

Teks: Masayu Ahmad


Foto: http://www.daftarwarisan.gov.my

Biasanya kalau di Kelantan kuih bakar kita panggil kuih beke. Jika ditambah ng jadi bekeng maksudnya lain pula iaitu garang.

Semasa menyidai kain di ampaian pagi tadi, saya sempat berborak-borak dengan makcik, rumahnya ke empat dari deretan rumah dari kanan.

Setiap pagi mak cik menjual nasi lemak. Saya menegurnya sudah tidak jual nasi lemak ke. Katanya sudah ramai yang menjual, jadi dia tidak lagi jual nasi lemak. Dalam perbualan tersebut, Mak Cik bercadang mahu menjual nasi lemak di laluan masuk utama di Taman kami. Memandangkan ada permintaan, saya menyokong usahanya.

Dia menyuruh saya buat kuih untuk meriahkan lagi jenis sarapan pagi di gerainya nanti. Dalam fikiran sempat ke buat. Datang naluri ingin menolong dan memberi sokongan pada makcik.


Foto:http://www.brownsbuffets.com/sandwich

Terlintas dari dalam hati, buah kuih beke ajelah mudah. Sandwich pun ok, kalau tak habis pun kanak-kanak riang di rumah ada.

Niat saya hanya mahu menolong. Saya menambah, Roha, sebelah rumah boleh letak kuih karipap. Kebetulan Roha, jiran sebelah rumah saya juga suri rumah menjual karipap frozen. (Kalau Roha baca entri ini tersengih-sengih senyum).Ini baru sahaja hasil mesyuarat tingkap kami pagi tadi.

Realisasi atau tidak tunggu sahaja selepas hari raya. Saya agak rasional dengan keputusan ini memandangkan mahu menyediakan juadah kuih muih untuk anak-anak. Boleh buat banyak dan letak di gerai mak cik. Bolehlah saya kongsi resipi kasih sayang untuk seisi taman. Bukan sahaja keluarga yang merasa hasil tangan saya, malah jiran tetangga boleh turut sama merasa.

Saya sudah lama tidak memasak banyak dan mengagih-agihkan pada jiran-jiran. Kalau bulan puasa itu sudah menjadi rutin. Mood memasak sejak kebelakangan ini dilanda penyakit M, yang boleh dipulihkan sebenarnya.

Saya akan cuba biasakan jadual baru, kerana pagi hari akan sediakan sarapan untuk keluarga, kemudian akan berkejar menghantar Hakim ke sekolah. Mungkin akan bertambah sibuk kerana Arif juga akan ke tadika. Mudah-mudahan urusan saya akan dipermudahkan.

Jam 9 hingga 12 saya akan fokus untuk menulis sahaja. Hanya Aiman sahaja di rumah tidak ada masalah. Kemudian akan mengambil Arif dan lepak sebentar di Perpusatakaan desa sementara menunggu masa mengambil Hakim.

Insya-Allah dalam hati sudah ada niat, mahu membantu Mak Cik meneruskan usahanya di pagi hari mendapat wang hasil jualan sarapan pagi.

Ini sebenarnya satu contoh jualan sarapan yang boleh dikomersialkan. Bagi wanita yang masih muda seperti kita cuba lihat jualan ini sebagai satu bisnes dari rumah yang boleh dikembangkan.

Nota kaki:

1. Saya masiha ada hutang tag dari Cik Yan 3.5 , baru perasan sebenarnya. Nanti saya buat ye CY.

2. Sila ke blog cik Siti sifir, kerana beliau baru sahaja menawarkan kain Thai Silk untuk hari raya. Sila terjah ye kawan-kawan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin