Friday, July 10, 2009

Terus berlari mengapai pelangi



Teks: Masayu Ahmad

Malam ini sepatutnya saya hadir sesi aerobik yang sudah saya tinggalkan beberapa minggu sudah. Malam ini mahu berehat barang sekejap untuk re-charge tenaga.

Beberapa bulan yang lalu, saya menerima berita gembira bahawa buku sulung saya sudah dimasukkan di dalam jadual penerbitan. Terbit rasa syukur dalam hati dalam sebuah penantian yang agak panjang juga.

Hari ini saya berkesempatan berjumpa Ashikin (Editor PTS Millenia) dan Ikram (Editor Kanan PTS). Nampaknya saya perlu bersabar sedikit lagi, memandangkan buku tersebut agak ilmiah dan perlu diturunkan indeks kabusnya. Dengan kata lain penulisan saya perlu lebih santai dan terlalu banyak fakta. Saya menerima dengan hati terbuka, memandangkan keterujaan luar biasa yang saya alami dalam menanti kelahiran sulung bayi pertama.

Saya sempat bergurau dengan Ashikin, nampaknya bertukar bidan lagi lah saya. Lama betul bayi dalam kandungan ini mahu keluar. Kami dalam gelak-gelak halus meneruskan sesi perbincangan.

Nampaknya saya dalam keadaan demam dateline, beberapa komitmen sudah saya persetujui. Apa yang pasti dalam perbincangan itu akan disusuli perkara-perkara yang saya sudah menjadi jiwa dan raga. Projek X ini sudah pun bermula. Insya-Allah jika sudah tertulis milik saya, akan pasti menjadi milik saya. Jika belum, harus digandakan usaha lagi.

Saya masih kempunan dengan ayat 'Akan Terbit', ayat penawar yang paling mujarab buat penulis. Saya perlu berlari dan berlari, rehat barang seketika, meneguk air menghilang haus. Insya-Allah hari itu pasti akan hadir.

2 comments:

nashrique said...

InsyaALLAH, hari tu akan tiba.
Selagi niat dan azam ada, pasti berbaloi hasilnya.
kata guru saya, "sesuatu yang hebat itu, mmglah sukar utk dicapai"
mungkin rezeki kak mas lepas ni murah dek hasil hebat yang disemai sejak bertahun lamanya~

"Berkongsi dan ingin dikongsi"

Masayu Ahmad said...

terima kasih nash dengan kata-kata semangat itu

inilah namanya perjuangan dan perjalanan jauh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin