Saturday, July 4, 2009

Digimon bertukar menjadi… (trade mark kartun digimon)

Kanak-kanak riang di rumah saya adalah warna-warni kehidupan yang perlu saya nikmati dalam catatan perjalanan seharian. Dalam sehari tidak sah kiranya ibu yang masih menahan sabar dan terus mengasuh kesabaran dalam hati, minda dan perlakuan.

Rasanya pengalaman menjadi ibu adalah satu anugerah tuhan yang perlu saya syukuri. Melayan kerenah anak-anak bukan mudah sebenarnya. Ianya diibaratkan seperti Pengurus Sebuah syarikat yang perlu menangani semua permasalah, cabaran dalam keadaan rasional.

Apa rasionalnnaya dalam melayani karenah budak bertuah bertiga ini. Siri kartun yang banyak ditonton banyak membawa pengaruh untuk Hakim, Arif dan Aiman.

Hakim dan Arif gemar melakukan aksi terbang, terjunan, melompat, melawan, mempertahankan diri. Ianya turut diaplikasikan ketika ibu sudah mula marah.

Sesudah mandi, biasanya semua akan berlari-lari dari bilik memulakan sesi memanaskan badan. Ibu akan mengejar-ngejar seorang demi seorang.

Aiman


Ibu: Iman, jom pakai pampers
Aiman akan terkedek-kedek lari, dan main ciku cak dibalik langsir.

Arif

Sebagaimana biasa disebabkan Arif penurut paling setia, berlari sambil berjoget keriangan. Keluar lagu yang diminati sambil berjoget mesra alam.

Ibu: Arif pakai baju.
Arif: Tan nak sambil melihat Hakim yang masih tidak berbaju (pengaruh paling dekat)
Ibu: Nah, baju handsome Arif
Arif: Tak nak. Mula-mula Arif akan buat aksi mata memandang ke arah lain, kemudiannya terus jatuh pengsan.
Ibu: Nah bajuh ni. Ambil baju lain ikut kesukaan Arif.
Arif: Huh.
Arif datang mendekati ibu, ambil baju dan buang. Terus pura-pura pengsan sekali lagi.


Hakim

Ibu: Hakim pakai pampers
Hakim: Tok Se (tak nak)
Ibu: Pakai, Hakim ( suara masih lembut, seakan ibu misali sejati)

Hakim mula melompat-lompat. Ibu ambil baju kegemaran Hakim. Sambil mengeleng kepala membuang baju tersebut. Ambil semula baju lain. Sudah pakai, lima minit kemudian Hakim membuang semua pakaian dan berbogel. Kepanasan kerana sudah berpeluh-peluh.

Ibu bertukar menjadi…gorilla, hulk

Foto:http://www.hulklibrary.com


Mata ibu sudah bertukar menjadi kehijauan, baju semua sudah carik-carik kerana otot sudah mula keluar.

Hakim, Arif dan Aiman mula bersiap sedia

Hiaappp….Hakim, Arif dan Aiman, bersedia mempertahakan diri.


Ultraman tiga…!!!



Bersedia melawan raksasan besar yang sudah naik angin dan mahu mengamuk sekejap lagi!!!

5 comments:

Anonymous said...

xpe selagi yg jadik ikutan tuh menda yg baik....jgn sampai jadik otroman ke gaban ke pastu terjun masuk longkang

Masayu Ahmad said...

haha, biasalah budak2, tak best la pulak tak menikmati kehidupan...

netty said...

ingat kak net je yang cam gitu.. ayu pon sama ya...hahaha..

Masayu Ahmad said...

kak net

alah bisa tegal biasa

kadang dah jadi hulk,, terus gelak tak jadi marah,

tarzan pun keluar jugak ;P

Emme Marina said...

Hehe. Tgh malam baca entri ni. Tergelak ibunya jadi hulk. Saya pun mama hulk juga. Hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin