Sunday, July 26, 2009

Alasan sibuk, sibuk dan sibuk

Teks: Masayu Ahmad



Foto: http://imgslide.health.com

Mengawal kesibukan vs pengurusan masa

Selalunya kita akan mendengar perkatan sibuk, aku sibuk tidak boleh hadir, saya sibuk minggu depan perlu out station, saya tidak boleh datang saudara mara nak datang ke rumah atau saya sibuk minggu depan kerja banyak.

Tukar ayat sibuk dengan perkataan yang lebih menjaga hati kepada minta maaf ada hal tidak boleh berjanji. Minta maaf kalau boleh mahu datang, insya-allah kalau sampai maksudnya tiada aral yang berlaku.

Bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri, perlu menguruskan masa agar produktiviti masih konsisten. Kesibukan bergantung kepada peranan individu untuk menjadikan diri benar-benar sibuk atau pura-pura sibuk.

Jika makan gaji anda berpura-pura sibuk agar kelihatan seperti banyak kerja dan tidak mahu ditambah lagi bebanan. Ada dua kategori sama ada anda benar-benar sibuk atau berpura-pura sibuk. Anda sahaja yang tentukannya.

Bekerja sendiri perlu memberi keutamaan kerja yang cepat mendapat hasil dan produktiviti diukur dengan pencapaian tersebut. Berbanding kerja makan gaji anda sudah ada skop tanggungjawab yang diberikan. Fokus kepada skop kerja sahaja supaya anda tidak sibuk melakukan kerja bukan daripada bidang anda.

Mengawal kesibukan
Semua orang hanya ada 24 jam putaran masa untuk setiap hari, 12 bulan untuk setahun. Sibuk atau tidak bergantung kepada pengurusan masa anda. Jangan sampai keluarga terabai, tidak mengenal jiran tetangga dan anak-anak terbiar.

Lihat kesibukan orang-orang yang berjaya sebagai motivasi untuk kita menangani kesibukan yang terurus dan kesibukan untuk hal yang sia-sia.

Selalunya kita memberi alasan tidak cukup masa, walhal untuk tempoh yang sama orang yang sukses masih boleh melakukannya. Bukan alasan sibuk yang perlu diberikan tetapi pengurusan masa yang perlu diberi keutamaan.


Foto: http://www.more4kids.info

Pengurusan masa untuk isteri bekerja di rumah

Berstatus bekerja di rumah juga mempunyai kesibukan yang sama. Ramai yang beranggapna apabila bekerja sendiri banyak masa untuk kita berehat dan bersantai. Jawapan benar dan salah bergantung kepada situasi setiap daripada kita untuk mengendalikannya.

Masa yang boleh diurus

Kesibukan kerja boleh dikendalikan berdasarkan jadual masa kerja yang lebih fleksibel. Mengambil contoh diri sendiri, masa yang paling baik untuk menulis adalaah sebelem anak-anak bangun daripada tidur jam 4 hingga 8 pagi. Selepas itu saya perlu menumpukan kepada mereka.

Jika mahu menulis jam 9 hingga 12 agak mencabar juga, kerana akan berlaku banyak gangguan. Sekirannya mahu mengurangkan gangguan saya perlu memberikan aktiviti kepada mereka agar asyik dengan mainan, menonton atau tidur.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin