Wednesday, July 8, 2009

Ruang kerja untuk WAHM

Teks: Masayu Ahmad

Ruang yang selesa



Foto: http://farm4.static.flickr.com

Pilihan perabot dan susun atur perlu menepati citarasa. Pilih warna yang boleh membangkitkan mood untuk bekerja. Jangan terlalu banyak perabot dan hiasan. Sesuaikan dengan keperluan sahaja. Pastikan ada aliran udara, agar anda sentiasa segar dan tidak terkurung.

Pilihan mengikut jenis kerja


Foto: http://static.howstuffworks.com


Jika memasak adalah pilihan anda, sudah tentunya ruangan dapur adalah perkara utama yang menjadi keperluan anda. Anda ada dua pilihan sama ada menjadikan dapur anda dua dalam satu, iaitu untuk kegunaan keluarga dan bisnes. Atau buat dua ruangan yang berbeza agar anda mudah untuk bekerja.

Begitu juga sekiranya jahitan adalah pengkhususan anda. Sediakan satu bilik kursus sebagai tempat utama untuk anda bekerja. Elakkan tempat tersebut menjadi tumpuan gangguan anak-anak kecil. Jika anda mengadakan kelas sulaman, boleh juga dilakukan di ruang tetamu atau diluar rumah. Ia terpulang kepada kretiviti masing-masing.

Sekiranya anda menjalankan butik online, tidak memerlukan ruangan yang khusus. Hanya memerlukan kabinet yang menyimpan barangan anda atau kotak plastik tertutup yang disimpan dalam keadaan selamat. Hanya memerlukan internet dan komputer riba yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin