Wednesday, July 22, 2009

Kisah inspirasi, pengasas mybengkung.com

Semasa bersiar-siar dan menerjah pelbagai laman web dan blog, saya menemui blog ini. Saya ingin berkongsi kisah menarik ini sebagai satu motivasi bagi wanita yang memilih untuk bekerja sendiri.

Ulangtahun ke 3 mybengkung.com

Sedar tak sedar, dah 3 tahun saya memulakan perniagaan internet. Bermula dengan perniagaan bengkung di www.mybengkung.com. Semasa tu saya sedang mengandung anak ke 4, Daiyan. Niatnya nak jual lain. Rezeki anak saya kandung, tu dapat idea nak jual bengkung.

Saya pergi kursus Irfan Khairi, jutawan internet untuk pelajari mengenai internet pada Jan 06. Perlahan-lahan saya pelajari sendiri cara membuat website. Sebelum tu saya cuba pelajari sendiri dari buku. Memang susah nak faham. Saya bukan dari bidang IT, jadi memang sukar nak faham. Untuk berjaya saya kena keluarkan modal untuk pelaburan jangka panjang. Semasa bekerja saya simpan duit sebab saya ada perancangan untuk buka perniagaan. Mudah jika ada modal sendiri.

Sedikit demi sedikit saya belajar dari pengalaman saya. Pengalaman paling saya tak boleh lupa, saya bersalin, stok habis dan pembekal tak dapat bekalkan stok. Kelam-kabut saya nak cari jalan. Hanya boleh dapat stok dalam masa 2 bulan. Tentu menjadi masalah kepada saya, saya baru memulakan perniagaan dan tidak ingin mendapat imej negatif. Lepas pantang saya jahit sendiri. Nasib baik saya boleh menjahit. Kemudian saya dapat bantuan makcik saya di Terengganu untuk menjahit. Terima kasih kepada ahli keluarga saya, Mama, Abah, Joe, Dina dan Iman yang tolong hantar kain dan ambil stok.

Namun masalah masih ada ketika musim raya. Perlu menjahit baju raya. Saya mencari orang yang sanggup menjahit, namun amat sukar. Ada yang sanggup tetapi kualiti tidak memuaskan. Saya terpaksa menolak walaupun ketika itu saya amat terdesak. Masuk tahun ke-2 saya buat keputusan untuk buka kedai dan mengambil tukang jahit tetap. Bermula dengan seorang dan kini saya mempunyai 2 orang tukang jahit. Lebih mudah saya uruskan stok saya.

Selain itu saya mengalami masalah perkhidmatan kurier. Bertukar beberapa kali. Dari nama kurier yang terkenal ke yang tak terkenal. Ada 1 kes barang tak sampai. Nasib baik di Kuala Lumpur. Terpaksa saya pergi hantar sendiri, demi menjaga nama baik saya. Guna Citylink, seminggu masih tak terima, sedangkan berada berhampiran sahaja. Ada 1 kes rosak, saya gantikan dulu. Namun sehingga sekarang Skynet masih berhutang dengan saya. Bila telefon pelbagai alasan diberi. Alhamdulillah sejak menggunakan Poslaju tiada masalah rosak atau hilang. Mungkin masih ada masalah tetapi dah berkurang. Dengan jumlah penghantaran yang banyak setiap hari saya perlu pastikan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai dan selamat walaupun agak mahal. Dan saya perlu pastikan saya tunai janji iaitu saya perlu pos dalam masa 24 jam hari bekerja (Isnin ke Jumaat).

Alhamdulillah Allah memberikan rezeki kepada saya. Kini kedai saya Mama N Damia juga telah mencecah setahun. Produk kami telah bertambah meliputi pelbagai barangan ibu dan bayi, moden dan tradisional. Pekerja saya juga kini ada 3 orang. Namun untuk sampai ke tahap ini, memang banyak pengorbanan. Mungkin nampak senang. Dulu saya sangka kerja sendiri saya akan punyai banyak masa. Namun ia sebaliknya. Setiap masa saya adalah emas, tiada cuti walaupun sakit. Lama-kelamaan, saya telah mula biasa saya bukan kerja makan gaji yang boleh kerja 9 ke 5. Bukan boleh goyang kaki. Namun saya dapat apa yang saya nak, anak membesar depan mata. Dan perjalanan saya masih jauh, saya hanya baru memulakan tapak kedua dan masih memerlukan beribu-ribu tapak lagi untuk melangkah. Sedang usaha untuk dapatkan trade mark Mama n Damia pula.

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terutama pelanggan saya yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya. Saya amat berbesar hati jika dapat memberi komen tentang perkhidmatan yang telah diberi untuk saya perbaiki. Dan sokongan keluarga tersayang yang tak berbelah bagi. Moga perniagaan saya ini diberkati Allah. Amin.

Bersempena ulang tahun ke 3 ini, saya memberikan diskaun 10% untuk belian Bengkung Mia. Sila layari www.mybengkung.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin