Salam pagi Jumaat. Indah sungguh hari ini, masih lagi dipanjangkan usia untuk menempuh satu lagi rutin indah pagi Jumaat.
Hari ini saya menyediakan menu istimewa sedikit untuk sarapan. Nasi putih dihidangkan bersama gulai kari daging kampung dan ayam goreng organik bersama timun sebagai ulaman.
Agak berat juga hidangan nasi untuk pagi hari, biasanya sampai ke petanglah. Jika pagi saya mengambil nasi, maka hari ini untuk menu yang lain hanya hidangan ringan-ringan sahaja.
Lantai sudah dimop, bilik air sudah bersih, kain akan dijemur. Tinggal sahaja lagi kain untuk dilipat dan digosok.
Rasa sungguh lapang melihatkan semuanya hampir beres dan saya akan mula menulis jam 10 pagi. Nampaknya saya sudah dapat mendapat rentak baru dalam pengurusan kerja di rumah.
Masih terfikir lagi mahu mengambil pembantu atau sebaliknya. Memandagkan alternatif dan pengurusan kerja sekarang nampaknya ada kemajuan. Tahniah untuk diri sendiri. Saya masih cuba untuk memutarkan semula jadual tidur. Mungkin tidur jam 12 bangun 4 pagi. Empat jam sudah mencukupi rasanya.
Badan pula terasa ringan, semalam terasa hendak demam. Saya mulanya mahu tidur, tetapi bingkas bangun terus berlari. Dengan catatan 50 kalori terbakar mengambil masa 20 minit, peluh membasahi baju. Barulah rasa segar. Ubat paling mujarab untuk demam.
No comments:
Post a Comment