Wednesday, July 29, 2009

Gulai tempoyak untuk menu malam ini



Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://www.daftarwarisan.gov.my

Hari ini terasa mahu masa gulai tempoyak untuk hidangan malam. Terjah cik google, jumpa resipi ini dari http://resepi.mesra.net.

Rasanya boleh ditambah ulaman dan ikan kering goreng, budu sekali. Terangkat sungguh ditambah nasi panas.

Kemaruk lagi sebab hujung minggu yang lepas, bertandang ke Temerloh menziarah biras yang bersalin anak kedua.

Kami sekeluarga dijamu dengan gulai tempoyak ikan patin, memang sedap. Jadinya saya perlu cuba resepi ini sehingga pandai dan sedap.

Resipi

Bahan

2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai – dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
10 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa

Cara

Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit.Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih.Kemudian boleh dihidangkan.

4 comments:

zarin said...

emmm sedapnya..
lama betul tk mkn gulai tempoyak sebab tatau nk masak
boleh la saya mencuba resepi ini.

Masayu Ahmad said...

itulah,,

kena gandingkan sekali dengan ayam goreng atau ikan kering, sambal belacan n ulaman

Ely Hasrul said...

sedapnye.. tingin gak msk mende2 cmnih tp kebykan menu melayu yg sedap banget tuh papi tak makan. dia xpandai mkn, maklum ler dia beso dgn kentang, kite beso dgn nasik hahahaha.. oleh kerna xbese masak jadik skill memasak masakan melayu nih tak dek le hebak sgt.. tp nk try gak la recipe nih..

Masayu Ahmad said...

ely

nanti kita sama-sama share resepi western pulak lain kali yer,,,

by the way,, congrat buat zarin & ely,, sudah join club SAHM & WAHM...

oohh hati saya sungguh gembira bila ramai memilih untuk jadi suri rumah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin