Wednesday, July 22, 2009
Keenakan pastri di Bengkel Mega- Daisy
Kek Coklat Hullahu
ARKIB : 21/07/2009
Petikan: Utusan Malaysia
AROMA cappuccino yang menerjah setiap ruang pasti membuatkan selera sesiapa pun boleh terpana. Apatah lagi jika aroma itu datang daripada ban manis yang sedang dibakar -bentuknya gebu gelap apabila digigit, ia rangup di luar, lembut di dalam.
Menghasilkan sendiri ban manis yang mempunyai aroma kopi yang memukau seperti Mexican Bun sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Jika kena caranya, tahu petuanya, ban itu pasti membuatkan sesiapapun teruja kerana mampu membuatnya di dapur sendiri.
Mexican Bun antara ban manis kegemaran ramai. Berbentuk bulat, di dalamnya diperkaya rasa lemak marjerin yang boleh digandingkan dengan bahan lain seperti gula perang manakala di luarnya disaluti topping berperisa cappuccino yang dibakar rangup.
Jika ingin mengetahui cara membuat Mexican Bun, apa kata luangkan hujung minggu anda dengan menyertai Bengkel Roti dan Kek anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega dengan kerjasama Daisy Marjerin pada 25 Julai ini (Sabtu) di Dewan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
Bengkel dengan kerjasama D Flowers Cake bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, turut menampilkan dua lagi ban istimewa iaitu Ban Kacang Merah dan Ban Tuna Cheese Mayo yang akan diajar secara teori dan praktikal.
Tidak kurang hebatnya, Tuna Cheese Mayo merupakan ban pedas yang diperkaya keju mozzarella serta mayonis. Ban jenis bersosej ini antara yang terlaris di pasaran kerana keenakannya.
Selain tiga jenis ban, pada hari yang sama peserta berpeluang untuk mempelajari cara membuat Kek Coklat Hullahu dan Kek Kukus Kamikaze. Kek coklat enak ini akan disaluti krim coklat mewah manakala Kek Kukus Kamikaze pula mempunyai lapisan yang memikat.
Bagi yang tidak berminat dengan penghasilan roti dan kek, peserta masih boleh menyertai aktiviti menghias kek yang diadakan pada Ahad, 26 Julai ini di tempat yang sama.
Bermula dari jam 9 pagi, setiap peserta akan menerima lima kek mini mentega tanpa hias.Uniknya dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan cara membuat doh fondant, mencanai doh fondant, mewarna, membentuk , menyediakan royal aising dan lima teknik terkini, penuh artistik dalam penghasilan kek mini fondant.
Disebabkan hiasan ini dikaitkan dengan nilai seni, peserta digalakkan membawa peralatan lain seperti rolling pin (kayu pencanai kecil), crimpers (penyepit), peralatan fondant, berus warna kecil, garret frill (pembentuk renda) dan pembentuk bunga kecil.
Selain itu, peserta juga boleh membawa pembentuk daun kecil, gunting, pemotong piza, smoother, nozel 2 , 4 atau 104 sebagai tambahan. Bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai peralatan yang dinyatakan, jangan kecewa kerana boleh mendapatkannya di bengkel tersebut.
Kepada suri rumah atau peniaga yang mula memikirkan tentang resipi biskut raya pula, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari cara membuat tiga jenis biskut moden iaitu Biskut Mahatma, Biskut Jacko dan Biskut Collata Bombay pada 8 Ogos ini di Senai, Johor.
Tidak melupakan peminat tat berkrim , bengkel yang berlangsung di selatan tanah air ini turut menampilkan tiga jenis tat iaitu tat buat (tatlet), Tat Keju Mocha atau Cappucino dan Tat Coklat Badam. Keenam-enam resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu malah boleh dijadikan produk jualan terutama pada musim perayaan.
Dengan yuran RM190 seorang untuk Bengkel Roti dan Kek, RM280 bagi Bengkel Hias Mini Fondant dan RM200 untuk Bengkel Biskut dan Tat, yuran tersebut meliputi sarapan pagi, makan tengah hari, sijil penyertaan, cenderahati daripada Daisy Marjerin serta beberapa hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Paling menyeronokkan, setiap peserta boleh membawa pulang hasil 'air tangan sendiri'.
Maklumat lanjut sila hubungi 019 6647068/ 012 6759076 untuk maklumat lanjut atau layari laman web dflowerscake.blogspot.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment