Monday, June 29, 2009
Air tangan isteri
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.pacamat.com
Sebagai isteri sudah tentunya teruja untuk menunjukkan kehebatan memasak di dapur. Apatah lagi jika hidangan pertama untuk santapan suami. Selalunya bagi isteri perasaan membuak-membuak untuk mendapat pujian suami, tetapi sebaliknya pula krtikan yang diterima
Isteri: Sedap tak nasi goreng saya?
Suami: Sedap, tapi emak saya masak lagi sedap.
Jika anda hadapi keadaan ini, usahlah berkeluh kesah. Mana mungkin kita mampu menandingi air tangan emak yang sudah mengasuh dan memasak untuk si anak sejak dilahirkan sehinggalah bujang. Mungkin usia si anak sudah 24 atau 27 tahun, maka selama itulah si suami sudah biasa dengan masakan dan air tangan emak.
Tidak akan sama dengan masakah isteri yang baru sehari dua memasak untuk suami. Ditambah pula apabila kembali bekerja dan kesibukan dijadikan alasan. Mungkin hujung minggu sahajalah masa terluang untuk memasak untuk suami dan anak-anak.
Jika anda berkahwin sudah 5 atau 10 tahun, masih kedengaran lagi kah ayat, emak saya buat begini, awak buat begitu, nanti belajar dengan emak saya, saya teringin makan gulai kari ayam emak.
Anda perlu mula berjinak-jinak dan pastikan apabila berada di rumah digunakan kesempatan untuk memasak buat suami dan anak-anak
Sebagai isteri saya mahukan, asalan seperti ini:
Suami:Nasi lemak isteri saya sedap, mee goreng dibuat pagi-pagi memang terangkat.
Alasan anak: Ibu, nak makan nasi goreng ayam.
Ibu ayam goreng berempah semalam tak cukup dua ketul, buat lagi yer hari ini
Ia membuatkan hidup si ibu kembang kuncup, hasil air tangan yang sudah sebati dalam diri suami dan anak-anak.
Labels:
Rahsia rumahtangga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sbbkan puji2 tular dr x rajin masak dah jadik macam chef restoran plak...
tp apa2 pon masakan sendirik jugaklar yg plg berkhasiat kan?
ya..disebabkan pujian dari suami itulah juga kugagahkan diri belajar masakan kegemaran dia from MIL sehinggalah buat kek dan baru sat tadi ada hint 'u dah belajar buat roti ke?"
well, tunggu jadi WAHM nanti I belajar buat roti.
Sesungguhnya pujian dari yg tersayang akan membuat kita lebih ikhlas dan sentiasa ingin memberi yg terbaik utk mereka kan!
Vogue- walaupun tiap2 hari masak, makan diluar sekali sekala best jugok
Zarin- dalam fikiran mahu pegi bengkel buat kuih & roti, tak tahulah lagi bila boleh pegi
asyik menanguh lagi
Post a Comment