Monday, July 27, 2009

Pilihan dekorasi untuk pejabat di rumah

Teks: Masayu Ahmad


Tengahari begini mata saya agak berat, rasa mengantuk pula sementara menunggu waktu zuhur. Saya menerjah sebentar cik google mencari idea-idea dekorasi. Mungkin saya atau anda juga teringin memiliki ruang bekerja di rumah yang selesa, luas dan mengasyikan.

Pilihan 1



Foto:homeofficedecoration.blogspot.com

Dekorasi sebegini sangat sesuai untuk dijadikan tempat membaca dan menelaah. Rak yang disediakan boleh diletakkan buku-buku terkini yang masih belum dibaca atau buku yang diperlukan saat anda mahu menelaah.

Pilihan 2


Foto:yourlight.org/tag/office-decoration

Ini pula berbentuk L, padanan yang disesuaikan dengan kabinet yang lengkap untuk ruang peralatan komputer, faks, printer. Kabinet yang tertutup sangat mudah untuk menyimpan. Selain ianya kelihatan kemas dan selesa mata memandang.

Tingkap kaca di sebelah boleh juga dijadikan satu tempat untuk merehatkan minda dan mata apabila kepenatan. Lagi bagus jika ianya dijadikan taman herba, orkid atau taman bunga pilihan sendiri. Sangat menarik, diletak pula sebuah kerusi dan meja untuk menghirup teh panas. Tidak sabar rasanya untuk memiliki stesen kerja sebegini. Warna coklat bukan pilihan saya, boleh tukar dengan warna gabungan yang lain seperti hitam putih atau merah putih.

Pilihan 3


Foto:http://www.goodhousekeeping.com

Dekorasi ini sedikit sebanyak sudah ada ciri-ciri citarasa hijau. Latar hijau mendamaikan dan dipadankan dengan warna perabot gelap. Hmmm boleh buat mata terpejam dan mahu tidur lena.

Pencahayaan boleh diterangkan lagi. Mungkin disebelahnya boleh dibuat tingkap kaca, agar ada pengudaraan yang lebih nyaman dan menyegarkan.

2 comments:

Pija Madzlan said...

Pilihan ke dua sangat bagus...selain boleh cover fail2 yang berselerak, kerusi yang mengadap tingkap yang terbuka boleh mendatangkan kerehatan pada mata... tapi tidak jika ia betul2 berhadapan dengan matahari naik atau turun :)

Masayu Ahmad said...

kann, saya pun suka pilihan kedua

tapi tidak suka kaler perabot

boleh pilih lebih moden dan warna yg lebih ceria

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin