Friday, July 3, 2009

Perjuangan hari ini



Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://www.displayfakefoods.com

Seorang isteri

Masih berusaha untuk menjadi isteri terbaik untuk suami. Cacat cela dan kekurangan diri perlu lagi diperhalusi dan dibuang mana-mana yang kurang sesuai. Isteri yang harum mewangi sentiasa menjadi pujaan suami. Jika boleh sudah bersedia sebelum berumahtangga. Mampu menjadi pendengar setia, pendamping yang mesra, juga bijak dalam aturan urusan keluarga.

Ibu

Mengandung selama 9 bulan adalah satu permulaan untuk mendidik anak di dalam rahim. Setelah keluar menjangah dunia, mencium haruman si ibu, menghilangkan dahaga dengan susuan pertama. Itulah perjuangan yang sudah bermula. Setiap ibu sentiasa mahukan zuriat yang baik, beriman, soleh, cerdik lagi bijaksana. Didikan dan asuhan bukan semata-mata ilmu formal, tetapi akhlak yang dibentuk bermula daripda akhlak ibu bapa sebagai role model utama. Anak-anak tidak akan mencotohi yang lain, contoh yang dilihat, dipandang dan disentuh sentiasa membayangi kehidupan mereka di rumah mahupun di seklolah.

Anak

Tanggungjawab kepada ibu bapa tidak akan putus walaupun sudah berada di alam laim. Ilmu dan doa adalah salah satu warisan oleh kedua orang tua yang perlu disalurkan pada jalan yang sepatutnya.

Ahli Masyarakat
Ilmu yang diamal dan dipraktikkan itulah perjuangan setiap dari kita, hidup sebagai khalifah yang membawa satu perjuangan dan ianya akan ditanya suatu masa kelak.

Hamba Allah
Sudah pastinya itulah tujuan utama hidup kita di muka bumi. Bukan semata-mata memuaskan nafsu yang tidak pernah cukup. Muhasabah diri setakat mana diri kita, sudah bersediakah untuk perhitungan di alam sana.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin