Thursday, July 16, 2009
Terapi fikiran
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://nurnana.files.wordpress.com
Fikiran lapang akan memberi impak pada satu hari yang penuh dengan rutin kesibukan. Sejauh mana cara dan teknik untuk mengaplikasinya terpulang kepada individu. Berikut beberapa cara untuk mengalihkan masalah harian untuk mengembalikan fikiran tenang.
Al-quran
Membaca al-quran memberi ketenangan fikiran terutama berdepan pelbagai rencah kehidupan. Ketenangan yang diransang mampu untuk kita berfikir dengan rasional apabilan berdepan masalah.
Membaca
Pilih buku-buku motivasi dan inspirasi, membuatkan leka dan kembali bersemangat. Masalah adalah peluang dan hikmah.
Membuat keputusan
Kadangkala apa sahaja keputusan yang diambil mempunyai pro dan kontra. Anda tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Cari penyelesaian dengan mencari jalan yang selamat untuk membantu setiap orang rasa berpuas hati dengan keputusan yang diambil.
Keluarkan peluh
Satu terapi untuk cergas dan mental sihat, agar anda lebih bertenaga untuk mengharungi hari-hari yang penuh persoalan dan cabaran. Berlari dengan penuh tenaga dan mengeluarkan peluh, membuatkan anda merasakan satu persatu bebanan yang ditanggung terlepas ibarat air yang mengalir keluar.
Alihkan fikiran
Anda berat memikirkan jawapan dan mencari penyelesaian masalah. Cuba kaedah larikan fikiran kepada perkara yang lebih menenangkan. Tidak berfikir sebentar dan mendiamkan diri. Melakukan perkara yang diminati dengan kusyuk untuk mengalihkan sebentar fikiran untuk lebih tenang.
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment