Monday, September 30, 2013

Macammana mahu mula saya tidak tahu?

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah sudah menjengah Oktober 2013. Sekejap sahajakan masa berlalu. Hari ini mahu pulang berjumpa ayahanda. Kesibukan membuatkan batas waktu yang begitu menjarakkan. Namun ia bukan alasan, ampunkan saya ya Allah. Sesungguhnya saya anak yang tidak pandai dan masih lemah serba serbi kurang.

Dengan masa yang ada 3 bulan bersamaan 12 minggu sahaja lagi. Ya ampun semoag saya dipermudahkan segala urusan. Pun begitu menikmati segala perjalanan sebagai penulis dan juga usahawan kecil dari rumah, banyak yang saya belajar.

Belajar tahu untuk tentukan hala tuju, belajar berusaha, belajar tidak putus asa. Belajar buang segala himpitan negatif. Terus berjalan dan nikmati segala pelajaran yang boleh kita ambil dari sudut positif atau negatif. Jika situasinya negatif terbalikkan ia kepada positif. Kita tentukan apa yang kita mahu, yang lain buang jauh-jauh. Apabila sudah ada yang membanding, memberi kata negatif, atau apa sahaja, saya lebih suka terus berjalan dan berpaut dengan cara bermohon sahaja kepada Allah. Dia maha perancang dan penyalur rezeki. Ia berbalas atas apa usaha yang kecil atau besar. Kalau mahu besar maka usaha juga perlu luar biasa, kalau masih seciput maknanya, perlu semak kembali hubungan kita dengan pencipta, juga semasa mansua.


Kebanyakan yang datang kepada saya, soalan adalah lebih kurang sama. Tidak tahu mahu mula, tidak ada produk. Kalau ada produk tidak tahu buat kedai. Modal juga terhad. Boleh buat seberapa banyak kedai, apabila modal sudah meningkat barulahkalian boleh guna sistem yang lebih baik. Untuk permulaan gunakan apa yang ada. Jangan ketawakan mereka ini, mereka lebih hebat dari kalian yang berkata,
"Oh buat blog pun mahu belajar." Sekurangnya mereka berusaha dari tidak tahu kepada tahu.
Contoh kedai online milik Fadhlina Yaacob, kelas Aishah Hussein.
Kelas ini sesuai suri-suri yang bermula dengan zero dan asas sahaaja. Surirumah yang bertalu tanya mahu mula macam mana, urusniaga online macam mana. Kami sediakan trek pemula, kemudian kalian boleh teruskan lagi belalajr dengan pakar yang lebih hebat. Insya-Allah, semoga menjadi titik tolak untuk lebih ramai suri bekejra dari rumah. Mulakan dengan apa yang ada.
12 kelas kini bersiaran, kami menawarkan dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page

Setiap hari sudah ada blog baru,
Boleh baca di sini dan pilih guru online yang kalian mahu, baca apa kata pelajar terdahulu
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin